Featured Jalan-jalan Uncategorized

Jalan-jalan ke Disneyland Hong Kong

October 20, 2015

September lalu aku dengan dua lagi teman, Warda dan Sela sempat makan angin ke Hong Kong. Kami ke sana selama lima hari. Puas jugalah berjalan ke sana-sini. Sampai pancitlah sebab banyak sangat berjalan kaki. Memanglah naik MTR atau Tram, tapi dari tempat ke satu tempat tu, kena jugalah menghayun langkah.

Entri kali ini aku nak share pengalaman jadi budak-budak masa explore Disneyland Hong Kong. Taman tema antarabangsa ini memang jadi target utama kami. Tempat lain tak dapat pergi pun kisah, asalkan jejak kaki ke Disneyland.

Satu jer silap kitorang, sebab leka sangat makan Dimsum di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, kitorang terlewat ke Disneyland. Rencananya mahu ke sana di awal-awal pagi. Tapi nafsu makan mengatasi segalanya! Hahahahah…..

Oklah, cara yang paling mudah untuk ke Disneyland ini ialah dengan dengan menaiki MTR. Taman tema ini terletak kira-kira 30 minit dari stesen MTR Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Selain itu, boleh juga mengambil MTR di Stesen Kowloon dan Stesen Hong Kong.

Seronok dapat naik koc yang bertemakan taman tema ini. Cermin tingkap koc berbentuk Mickey Mouse, tempat duduk dan hiasan dalaman pun menarik. Aku dengan Warda dan Sela, tak henti-henti mengambil gambar sebaik sahaja masuk ke dalam koc. Stesen MTR Disneyland juga menarik. Sesuailah nak pose banyak-banyak.

collage-2015-10-20

Sebelum masuk ke taman tema, lagi sekali kaki terhenti melangkah. Bukan apa pun, nak ambil gambar lagi. Tak mahu tunggu time balik, sebab dah tentu malam. Nanti gambar tak cantik pulak sebab pakai phone kamera jer……(kena beli DSLR jugaklah nampaknya).

depanresize

Sebaik masuk ke dalam taman tema, kitorang dapatkan map untuk rancang ekspolasi dengan jayanya. Yelah, dah sampai lewat kan! Bukan boleh habis pusing semua tempat. Lebih-lebih lagi, taman tema ini cukup luas, ada tujuh tarikan penuh keajaiban iaitu Toy Story Land, Mystic Point, Grizzly Gulch, Adventureland, Main Street, U.S.A, Fantasyland dan Tomorrowland.

map_disneyland

Kredit foto : Hong Kong Disneyland

Selepas tanya krew taman tema, mereka cadangkan beberapa tarikan yang mesti kitorang cuba atau lebih tepat lagi yang sesuai untuk dewasa. Setakat Flying Jumbo tu, lupakan sahajalah…. boleh naik kat tempat lain.

Ride pertama yang kami cuba ialah Space Mountain di Tomorrowland. Ride ini cukup mendebarkan. Apa tidaknya, ini roller coaster yang mengembara ke galaksi ini perlu dialami dalam suasana gelap. Untuk yang pertama kali macam aku ini memanglah berdebar sakan, tak tahu apa yang menunggu di depan. Lebih-lebih lagi ketika roller coaster sedang mendaki. Dek kerana gelap, tak tahu laluan selepas itu menjunam atau mendatar. Tapi seronoklah, sambil jerit2, boleh tengok bulan bintang di angkasa…cewah!

TL - Space Mountain

Kredit foto : Hong Kong Disneyland

Lepas pening-pening lalat kat sini, cepat-cepat lari ke Toy Story Land. Sebab nak cuba Toy Soldier Parachute Drop. Permainan yang konon-kononnya guna payung terjun ini seronok juga. Tapi tidaklah meledakkan adrenalin pun. Santai-santai jer. Melainkan anda takutkan ketinggian.

Kalau hendak yang betul-betul memicu adrenalin, cuba satu lagi tarikan di Toy Story Land, RC Racer yang berbentuk U. Tunggangan ini bersifat menentang graviti. Secara jujurnya aku sangat cuak hendak naik ride ni. Selepas dipaksa oleh Warda dan Sela, aku kuatkan hati. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika tunggangan berada di puncak ketinggian. Denyutan jantung macam terhenti seketika ketika ia berayun ke bawah. Namun, kepuasannya tidak terkata. Memang WAJIB naik!

animasiresize

Sempat jugak posing2 sebelum cuba macam2 ride!

Beralih ke Grizzly Gulch, kitorang mencuba Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Roller coaster ini pun boleh tahan debarannya. Roller coaster meluru melalui gunung, jatuh menjunam menuruni bukit dan bergerak dengan laju di sekitar bandar perlombongan emas lagenda.

Sangat paling cemas apabila tiba-tiba satu kabel terputus ketika kereta lombong sedang mendaki batu curam. Apa lagi, terus berputar-putar menuruni gunung dan jatuh ke dalam terowong bercahaya malap secara terbalik. Rasa penat sangat naik roller coaster ini, selain jantung berdegup laju, mulut pula tak henti-henti menjerit. Phew!

Grizzly Gulch Overview (2)

Kredit foto : Hong Kong Disneyland

Selesai bermain, aku, Warda dan Sela buat keputusan untuk ke Mystic Point memandangkan hari sudah semakin gelap. Takut nanti terlepas pulak pertunjukkan bunga api, Disney Paint The Night yang bermula jam 8.15 malam.

Tak sangka ride Mystic Manor ini menarik, tertarik. Full of surprise. . Ingatkan biasa-biasa sahaja, tapi rupa-rupanya luar biasa. Rumah agam dan muzium peribadi Lord Henry Mystic ini penuh magik di mana artifak dari muzium eksotik menjelma dengan sekelip mata. Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh ternganga, orang dewasa pun sama.

Mystic Point Overview

Kredit foto : Hong Kong Disneyland

Habis keliling Mystic Manor, kitorang cepat-cepat ke Main Street U.S.A. Kat sinilah nak tengok bunga api. Punyalah excited. Tapi sebelum itu sempat masuk kedai cenderamata, grab apa2 yang patut. Aku beli T-shirt dengan fridge magnet ner. Itu pun dah habis HKD315. Cukuplah tu kan…

Siap membeli, terus berlari keluar. Memang on time sangat. Show pun bermula. Wow! Cantik sungguh. Rasa berada di alam fantasi. Penuh warna-warni. Bukan seminit dua yer pertunjukkan hebat ini, rasanya lebih 15 minit. Puas hati. Jadi, tidak hairanlah mengapa tiket masuk agak mahal. Pas sehari berharga HKD499 (dewasa) dan pas untuk dua hari HKD680.

Castle projection 2

Kredit foto : Hong Kong Disneyland

Kredit foto : Hong Kong Disneyland

Selamat bercuti!

You Might Also Like