Featured Tips

Tip Jalan-jalan Ke Hong Kong

October 29, 2015

Entry kali ini, aku mahu berkongsi beberapa tip yang aku rasa korang patut tahu kalau hendak travel ke Hong Kong. Ada cara untuk jimat duit. Maklumlah Hong Kong tidak menjanjikan yang murah-murah. Kos sara hidup di kota itu memang tinggi. Jadi pandai-pandailah buat plan kalau hendak menjejakkan kaki ke sini.

1) Kalau tak mahu berhabis duit untuk tambang flight, lebih baik beli tiket in advance. Mungkin 3 – 6 bulan lebih awal. Ataupun cuba beli ketika ada tawaran daripada Air Asia. Kalau tarikh yang dipilih bukan peak season, bolehlah dapat tiket dalam RM200++ ke RM300++.

2) Sampai di airport Hong Kong, cuba ambil masa memerhati. Lihat tawaran menarik untuk traveller. Maybe ada yang berminat hendak menyewa portable wifi untuk kegunaan sepanjang tempoh percutian. Kalau tidak, beli sahaja kad sim baru dan langgan servis data.

3) Beli kad Octopus untuk memudahkan perjalanan. Kad ni sama konsep dengan kad Touch & Go. Boleh digunakan untuk naik pengangkutan awam dan juga di pasaraya. Kalau kad ini tiada, susah jugak hendak ke sana- sini.

5.2.2.2.8-Octopus-card_03

Kredit foto : wwww.discoverhongkong.com

Takkan setiap kali hendak naik pengangkutan awam, kena korek duit kecil kan??? Kad ini boleh dibeli di balai ketibaan airport, kaunter Airport Express. Harga kad HKD150 untuk dewasa. HKD50 deposit, dan lagi HKD100 tu jumlah kredit yang boleh digunakan. Apabila nak balik nanti jangan lupa pulangkan semula kad ini untuk dapat balik HKD50.

4) Untuk ke pusat bandar dari airport, lebih baik anda beli tiket secara grouping kerana lebih murah. Kalau pegi 3 orang cuma bayar HK210. Jadi untuk seorang hanya HKD70. Kalau berempat lagi murah, HKD250. Rujuk chart kat bawah ni!

airportexpress

5) Untuk senang cari info tempat-tempat menarik untuk dikunjungi lebih baik beli kad sim prabayar Discover Hong Kong Tourist. Harganya cuma HKD88 untuk pas 5 hari dan HKD118 untuk pas 8 hari.

Dengan kad sim ini korang boleh mendapat data 1.5Gb / 5Gb dengan kelajuan pantas 4G dan penggunaan Wi-Fi CSL tanpa had. Ha! Bolehlah update status facebook dan muat naik foto di Instagram sepuas hati. Kalau nak jimat lagi, guna jer wifi percuma di hotel korang. Itupun kalau hotel yang korang duduk tu ada free wifi. Bukan semua hotel bagi wifi percuma okay!

6) Bawa botol air mineral yang kosong ke mana-mana. Sebabnya harga air mineral kat Hong Kong ni memang mahal. Sebotol 1.5 liter tu paling murah aku beli hari tu, HKD7. Kalau di airport, HKD20. Korang kiralah sendiri berapa harga dalam RM. Kalau bawak botol kosong ni boleh refill kat mana-mana tempat yang ada water cooler. Kebanyakkan tempat tarikan pelancong ada water cooler ni.

7) Bawa bekalan makanan kalau betul-betul nak jimat. Kalau tidak, jangan berkira hendak membayar harga makanan di sini. Sepinggan Nasi Ayam (halal) yang dijual di food court pun sudah berharga HKD30. Minuman yang paling murah pula HKD15- HKD20. Pizza di gerai tepi jalan HKD45. Memang mahal! Kalau makan di restoran atau kafe, sendiri mau ingat ya! Kalau nak makan dim sum murah jangan lupa singgah Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, Wan Chai. Tersangatlah sedap!

dimsum

Harga dimsum di Islamic Centre Canteen ni antara HKD15 ke HKD30. Kalau share ramai-ramai, kira murahlah…

8) Lagi satu tips nak berjimat ialah ketika mengikuti harbour cruise. Ada beberapa operator yang sediakan servis ini. Harga pun lain-lain. Aku cadangkan korang beli tiket daripada Star Ferry sebab harganya paling murah. Harganya di antara HKD68 ke HKD90, bergantung kepada season. Tapi kalau hendak lebih jimat & jimat masa, mungkin boleh naik feri untuk menyeberang harbour tu jer. Tak perlu ikut harbour cruise yang mengambil masa 1.5 jam ini. Lagipun feri ini berpusing2 tempat yang sama sahaja.

Starferry

Kredit foto : www.starferry.com.hk

 

You Might Also Like