Featured Tips

7 Barang Mesti Bawa Ketika Bercuti

November 6, 2015

Mengemas beg untuk travel memang satu bukan perkara mudah bagi sesetengah orang. Termasuklah aku. Pening, mana satu barang yang hendak dan perlu dibawa. Kalau boleh semua benda aku nak bawa. Baik baju mahupun alatan mekap untuk stay gorgeous! (Hey! Mestilah nak nampak gorgeous, nanti mahu share pics di Instagram).

Okay, kali ini aku nak kongsi beberapa barang yang perlu dibawa ketika travel. Senarai yang aku buat berdasarkan apa yang aku belajar setelah beberapa lama travel sana- sini. Mudah-mudahan membantu. Paling penting boleh ringankan beg. Tidak perlu check in baggage. Jadi, boleh jimat duit kalau pilih penerbangan bajet.

Jom semak!

1) Pelembap wajah

Mesti bawa sebab untuk memastikan kulit wajah terpelihara sepanjang tempoh travel. Maklumlah kalau namanya sudah bercuti, sudah tentu korang tidak terperuk di bilik hotel sahaja. Banyak masa dihabiskan di luar. Pelembap wajah ini selalunya ada kandungan SPF untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran ultra violet. Jadi, jangan tinggalkan di rumah. Ops! Isi dalam travel bottle atau beli produk dalam saiz travel.

2) Krim pelindung matahari (Sun Block)

Banana-Boat-Sun-Screen-Lotion-Products

Produk untuk kulit yang satu ini bukan hanya untuk percutian pantai, tetapi juga untuk kegunaan percutian di kota, musim panas dan destinasi-destinasi yang terdedah kepada sinaran hangat matahari. Pasti korang tidak mahu kulit kelihatan terbakar selepas pulang daripada bercuti bukan? Jadi, bawa krim pelindung matahari. Lebih baik pilih yang kandungan SPFnya tinggi. Lebih dari 50.

3) Maskara kalis air

Alat mekap yang ini bagi aku sangat penting. Sebabnya, aku selalu membasuh muka kalau sudah seharian berjalan ke sana –sini. Kalau tidak kalis air, solekan akan jadi comot. Mungkin ada yang tidak memakai maskara ketika travel, tapi aku lain. Aku pakai maskara sebab mahu wajah kelihatan lebih segar.

4) Gincu bibir warna nude / natural

Nudelipstick-Maybelline

Kredit photo : www.beautezine.com

Tak perlu bawa gincu bibir banyak-banyak atas alasan hendak sesuaikan dengan baju atau acara. Paling selamat, bawa gincu bibir yang berwarna nude untuk kesan natural. Boleh dicalit sesuka hati kerana tidak nampak berlebih-lebihan. Selain itu, boleh juga gincu bibir merah. Juga cantik dipakai pada bila-bila masa!

5) Deodorant

 

Nivea dry comfort deodorant

Aku pilih deodorant berbanding wanngian atau perfume. Kenapa? Sebabnya deodorant mempunyai formula yang mampu membasmi bau badan yang kurang enak akibat peluh. Kalau wangian tiada fungsi menghalang bakteria penyebab bau badan. Kalau sudah berpeluh-peluh, agak-agak bau yang macamana pula terhasil?

6) Hand Sanitizer

Ingat, tidak semua destinasi percutian yang kita pilih itu tahap kebersihannya terjamin. Terutamanya negara-negara dunia ketiga. Oleh itu, hand sanitizer ini sangat penting untuk dibawa. Saiz hand sanitizer ini bukannya besar sangat pun, jadi boleh selit di poket beg yang dibawa. Hand sanitizer boleh menjadi penolong di saat-saat susah hendak mencari air. Membersihkan tangan dengan gel pembersih ini mungkin tidak seperti mencuci tangan menggunakan air, tapi setidak-tidaknya mampu mengurangkan bakteria dan kuman yang bersarang di celahan jari dan tapak tangan korang itu.

7) Perapi rambut

Tiada masalah jika terlupa membawa syampu. Tapi kalau terlupakan perapi aku rasa serba tidak kena. Ini kerana rambut aku akan kelihatan kering dan tidak terurus kalau disyampu tanpa mengenakan perapi. Kalau rambut sudah serabai, memang merosakan mood untuk berjalan-jalan. End up, terpaksa beli lain. Terbang duit kan??? Kalau korang pun macam aku, lebih baik bawa siap-siap. Isi dalam bekas kecil.

You Might Also Like