Featured Ulasan

Jom! Check in Di Hotel NEO Dipatiukur Bandung

May 7, 2016

Try Something Neo, aku suka dengan tagline yang digunapakai oleh hotel NEO Dipatiukur Bandung. Tagline ini membuatkan aku ingin tahu apa yang ditawarkan oleh hotel yang baru dibuka pada Jun 2015 ini.

Biarpun hotel ini bukan bertaraf bertaraf lima bintang, apatah lagi bukan di lokasi popular Cihampelas, tetapi ada ‘sesuatu’ yang membuatkan aku terpanggil untuk menginap di Hotel NEO Dipatiukur Bandung.

NeoHotelLobby

Tanpa berselindung, aku akui salah satu sebab hotel ini menjadi pilihan adalah kerana ia merupakan sebuah hotel yang sangat baru. Jadi, semua kemudahan yang tersedia pastilah baru-baru belaka. Lagipun, aku belum pernah menjejakkan kaki di mana-mana Hotel NEO sebelum ini.

Kalau korang sedang merancang percutian ke Bandung, Indonesia, aku sangat rekomen Hotel NEO Dipatiukur ini untuk lokasi penginapan. Sesekali apa salahnya beralih arah bukan? Takkanlah setiap kali ke Bandung, hanya hotel-hotel di sekitar Jalan Chihampelas yang menjadi pilihan. Percayalah! you gonna love this hotel!

HotelNeo

Menawarkan 84 buah bilik Superior dan empat buah bilik Deluxe yang cukup luas, hotel ini memang sangat ideal untuk korang yang tidak boleh berenggang dengan gajet dan WiFi. Sebabnya, kemudahan WiFi tersedia di segenap ruang hotel ini, dan ianya percuma! Jadi bolehlah update status atau memuat naik foto-foto percutian korang pada bila-bila masa.

Sepanjang 4 hari 3 malam menginap di hotel ini pada April lalu, aku dan travel buddy memang puas hati dengan kemudahan serta servis yang diberikan oleh Hotel Neo Dipatiukur Bandung. Daripada urusan daftar masuk sehinggalah urusan daftar keluar. Semuanya mudah dan mengambil masa yang cukup singkat.

Biarpun hanya menginap di bilik Superior, tetapi ia sudah memadai. Sudahlah biliknya luas, dekorasinya juga funky and chic. Paling penting, katil bersaiz King dengan tilam dan bantal empuk membuatkan tidur malam lena diulit mimpi.

NeoHotelDipatiukur

Selain itu, bilik ini turut dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti televisyen LED berskrin leper 32 inci, peti simpanan keselamatan, pengering rambut serta pemanas air untuk membancuh kopi atau teh.Dengan semua kemudahan ini, pasti korang tersenyum lebar kerana harga bilik yang ditawarkan cukup berbaloi iaitu di antara Rp368,000++ hingga Rp518,000++.

NeoHotel_deco_room

Dekorasi Bilik Deluxe

Siap dengan hidangan sarapan pagi di Noodles Now cafe untuk dua orang lagi. Pilihan makanan untuk sarapan agak terhad, tetapi cukup untuk mengalas perut sebelum korang menikmati hidangan makan tengahari yang lebih berat.

Satu lagi fakta yang anda harus tahu, Noodles Now café turut menyediakan hidangan ala-carte untuk dinikmati pada bila-bila masa selepas waktu sarapan pagi sehingga jam 10.30 malam. Jika terlalu penat melangkah keluar hotel untuk menjamu selera, bolehlah singgah sahaja di café ini. Makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan. Sedap dan murah! Aku cadangkan korang mencuba Nasi Goreng Ala Neo atau Tomyam. Boleh tahan rasanya.

NasiGorengAlaNeo

Hrm….apa lagi yang perlu korang tahu tentang hotel ini ya? Owh, untuk makluman korang, Hotel NEO Dipatiukur Bandung ini terletak kurang 200 meter daripada kemudahan bas shuttle Cititrans, Dipatiukur. Jadi, kalau korang merancang ke Bandung dari Jakarta, memang mudah sangat untuk sampai ke hotel ini. Tak perlu cari teksi, cuma berjalan sedikit. Begitu juga buat korang yang ingin ke Jakarta dari Bandung.

Di sepanjang jalan berhampiran hotel ini juga banyak terdapat kedai-kedai makan yang menghidangkan makanan popular Indonesia. Maklumlah, Jalan Dipatiukur ini memang terkenal dengan kepelbagaian kulinarinya. Harga makanan di sini juga murah-murah memandangkan kawasan ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar universiti.

Salah satu kedai makan popular di sini ialah Nasi Goreng Mafia. Ada pelbagai jenis nasi goreng yang boleh dicuba. Nanti aku akan buat satu entri lain tentang kedai yang cukup menarik ini.

DSC01775

Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat tempah bilik di Hotel Neo Dipatiukur Bandung untuk pengalaman percutian membahagiakan. Jimat duit, boleh shopping sakan di Rumah Mode atau D’Fashion puas-puas.

Kalau masih kurang yakin dengan fakta-fakta yang aku senaraikan, korang boleh baca beberapa ulasan yang diberikan di laman TripAdvisor ini. Selamat bercuti!

‘Recommended Hotels’ – Bagus B, Jakarta
“This hotel gives you such a choice to go travel with because it is in the center of the public market and the food. So I recommend all the travelers who has a short stay in bandung to come to Neo because of the service and the cleanliness of the room.”

‘My stay in Bandung’ – Sengkim2016
“Am happy with my choice of Hotel Neo for my Bandung family escapade. The staff were friendly, courteous and helpful. The hotel rooms were clean, no unpleasant smell, mattresses were firm and comfy, hot water showers were great with strong water pressure, good wifi. Breakfast was average and could be improved. Overall, a good stay experience.”

‘Amazing’ – Mayang S
“Very impressive one of his employee where when I am staying at hotel neo on april 8 until 11, 2016 in room 510. when the middle of the night, before I check out. where I ask for help to the staff that night to buy drugs headaches and soft drinks. the service is so fast from the front end in the phone sound named bella and also a housekeeping named rino. amazing it wasn’t until 15 minutes my order in can handle with them. really team work that well. Thank you.

‘Two nights at neo’ – 978anonim
“This was my first time to stay at neo. The room was clean, big enough, and the linen was clean. The bathroom also clean and not too cramped. The towel was good, clean and not smelly. The staff was friendly and also quick response. But they need to improve their breakfast. They need to serve milk, cereal, and yogurt. Overall, i really enjoy to stay there.”

You Might Also Like