“Hey you..yes you! Come closer so I can let you in on a secret.. I am Lord Vampyre. You may know me from all the Halloween celebrations at LEGOLAND Malaysia Resort from previous years. Halloween is right around the corner and this time, I am throwing a bigger, better party so come join me for the ultimate family Halloween Party night. There will be a whole new spooktacular fun along with Halloween-themed activities lined up from September 16 to October 31, 2016.”
Itu kata-kata daripada raja segala hantu (versi Mat Salleh lah…) yang sudah mula menjemput korang semua untuk berparti bersama-samanya dan juga rakan-rakan hantu yang lain. Biarpun Halloween hanya akan tiba pada 31 Oktober depan, tetapi Lord Vampyre di LEGOLAND Malaysia sudah pun bersedia menyambut kedatangan korang.
Jadi, tunggu apa lagi. Korang masih punya untuk merancang kerana parti Halloween ini dijadualkan pada setiap hujung minggu, Jumaat & Sabtu. Kalau tidak berkesempatan pada minggu ini, korang boleh join on 7 – 8 October, 14 – 15 October, 21 – 22 October, and 28 – 29 October. Parti bermula jam 4.00 petang hingga jam 9.00 malam. Tiket pula dijual pada harga RM85 seorang.
Memilih tema Brick or Treat Trail, parti Halloween di LEGOLAND Malaysia tahun ini diseramkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Ikuti jejak dan lengkapkan aktiviti Halloween di setiap pondok ‘berhantu’untuk memiliki edisi terhad Halloween commemorative brick di penghujung jalan.
Selain itu, korang juga boleh bertemu dan bergambar bersama hantu-hantu Halloween yang mesra menyapa di sepanjang laluan. Sebaik tiba di Istana Lord Vampyre, beg korang pasti sudah terisi penuh dengan pelbagai hadiah yang ditaja oleh MILO, Staedler, Julie’s, Haribo, Ribena, Canon dan banyak lagi.
Macam budak-budak? Apa salahnya. Sesekali kena juga lepaskan tekanan dengan kembali ke zaman kanak-kanak. Tak rugi pun. Lebih-lebih lagi kalau korang datang satu keluarga atau sekumpulan rakan-rakan. Banyak ragam, banyak ketawa, banyak happy!
Jom tengok apa aktiviti yang ada di setiap pondok berhantu :-
1st Hut: Collect Halloween Brick or Treat bag and complete LEGO® Star Wars™ Miniland activity.
2nd Hut: Find hidden LEGO® bats and count them
3rd Hut: Loudest and scariest laughter with the Witch
4th Hut: LEGO® Monster – memory games
5th Hut: Registration for Lord Vampyre’s Maze and gets your stamp
6th Hut: Help the LEGO® spiders find their home!
7th Hut: Floating LEGO® pumpkin
8th Hut: LEGO® ring toss
9th Hut: Mummy Bowling
10th Hut: Guess the weight of LEGO® Bats replicas

Antara game yang korang kena selesaikan!
Selamat berparti & jangan lupa lukis wajah dengan karektor Halloween pilihan korang. Lagi seronok & cantik untuk bergambar. Tak perlu bayar pun. Cari booth berdekatan Istana Lord Vampyre. LEGOLAND Malaysia menanti kedatangan korang.
Kredit foto : Legoland Malaysia