Aku suka Perth ! Itu yang boleh aku katakan setelah pulang dari percutian 8 hari, 7 malam di bumi Kanggaru itu. Tidak seperti Sydney, kota Perth menjanjikan suasana lebih rileks dan menyenangkan. Trafik juga tidak sibuk, mudah memandu kenderaan ke sana-sini.
Kalau korang sedang berkira-kira mahu bercuti ke Perth, jangan berbelah-bagi lagi. Percayalah, korang tidak akan menyesal. Berikut aku senaraikan 11 perkara yang korang mesti buat apabila berada di Perth.
1) Melepak atau Piknik di Kings Park
Permata di tengah kota. Kings Park merupakan salah satu taman di dalam bandar terbesar di dunia. Setiap tahun lebih 6 juta orang berkunjung ke taman yang saiznya lebih besar dari New York’s Central Park ini.
Berada di puncak Kings Park, korang boleh menyaksikan keindahan kota Perth lebih-lebih lagi di waktu malam. Selain itu korang juga boleh melihat keindahan Swan River yang membiru hasil pantulan warna langit. Kalau malas membawa makanan, bolehlah menjamu selera do Botanical Café & Fraser Restaurant. Pandai-pandailah pilih makanan yang sesuai.
2) Singgah ke Fremantle
Fremantle merupakan sebuah bandar pelabuhan di Perth,Western Australia yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama peninggalan sejarah.
Antara tempat menarik untuk dikunjungi ialah Western Australian Maritime Museum, Fremantle Prison, Roundhouse dan Fremantle Market. Kalau nak beli cenderhati untuk kawan-kawan or kaum-kerabat boleh beli di Fremantle Market sebab murah berbanding tempat lain.
Selain itu, korang juga boleh ke E-Shed Market Freemantle. Cari Megabes Shop. Owner kedai suka memberi diskaun.
3) Jamu Selera di Cicerello’s by The Jetty
Dekat Fremantle banyak café dan restoran makanan laut. So, bolehlah menjamu selera. Aku highly recommend makan Fish & Chip di Cicerello’s by The Jetty. Memang marvellous! So, tak hairanlah kenapa Fish & Chip diorang ni jadi The Most Famous In Town. Harganya AUD15.
Satu lagi menu mesti cuba ialah Salt & Pepper Chili Squid. Yum-yum! Sedap sangat. Harganya AUD12 without Chip. Kalau tak kisah dengan cuaca sejuk, boleh makan di tepian jeti. Pemandangan indah!
4) Nikmati Sunset di Cottesloe Beach
Aku & the gang singgah di pantai ini dalam perjalanan pulang ke bandar Perth dari Fremantle. Kalau memandu sendiri dari pusat bandar, Cottesloe Beach ini terletak hanya 15 minit dari pusat bandar. Pantai ini popular kerana keindahan sunsetnya. Bahkan ia popular kepada penduduk tempatan untuk aktiviti wind surfing, berenang dan juga snorkelling.
Ketiga-tiga aktiviti ini aku tak buat sebab cuaca sangat sejuk. Apa yang aku & the gang buat ialah bergambar tak henti-henti. Then, menikmati keindahan sunset yang sememangnya superb! Rugi kalau tak datang sini!
5) Jalan-jalan ke City Beach & Scarborough Beach
Kedua-dua pantai ini sibuk dengan penduduk tempatan jika dikunjungi pada hujung minggu. Selain menjanjikan pemandangan indah, seronok dapat melihat surfer-surfer beraksi dengan papan luncur mereka.
Aku nasihatkan korang ke sini awal pagi sebab boleh bersarapan sambil menikmati keindahan pantai. Lagipun kalau matahari sudah tinggi, mungkin terlalu panas. Hendak ambil gambar pun tak berapa cantik. Kalau bernasib baik macam aku tempoh hari, ada weekend market di Scarborough Beach. Boleh tengok-tengok dan beli barangan yang berkenan di hati.
6) Jejak kaki ke Rottnest Island
Rottnest Island is INCREDIBLE. Rugi sangat kalau tak jejak kaki kat sini. Boleh ambik feri dari bandar Perth, Hillary’s Boat Harbour atau dari Fremantle. Aku pilih dari Fremantle sebab tak mahu naik feri lama-lama. Dari Fremantle perjalanan hanya 25 minit. Kalau dari Perth 90 minit & kalau dari Hillary’s Boat Harbour, 45 minit.
Aku & the gang ambil pakej berbasikal dengan Rottnest Express yang berharga AUD99. Dah sampai Rottnest jangan lupa berselfie dengan Quokka yang jinak-jinak manja. Guna skill yang ada untuk selfie dengan Quokka ini. Untuk tak pening kepala, korang boleh beli pakej kat sini http://sightseeingpassaustralia.com/index.php/sightseeing/product-view/?ExpID=2&ProductID=16&ProductTypeID=6&PrevPgID=531
7) Luncur Pasir di Lancelin Sand Dunes
Sebab Perth tiada salji, jadi kita kena buat aktiviti lain yang tidak kurang hebatnya. Meluncur pasir di Lancelin Sand Dunes. Seronok sangat, terutamanya kalau korang tidak pernah buat aktiviti sebegini. Untuk sampai ke sini, korang kena memandu kira-kira satu jam setengah dari pusat bandar Perth.
Boleh sewa papan luncur dengan harga AUD10 untuk dua jam. Tak perlu susah-susah cari kedai untuk menyewa papan luncur ini sebab ada sebuah trak yang sedia menunggu. Tak perlu bayar deposit pun.
8) Lihat Keajaiban The Pinnacles Desert
Terletak di Nambung National Park, The Pinnacles Desert mesti dikunjungi. Lebih-lebih lagi kalau sudah memandu sehingga ke Lancelin. Dari pekan Lancelin korang hanya perlu teruskan pemanduan kira-kira sejam lagi .Tapi pastikan korang sampai sebelum jam 5.00 petang okay. Selepas waktu ini, The Pinnacles is close.
Boleh pilih untuk berjalan kaki atau bawa kenderaan untuk mengelilingi kawasan gurun ini. Kalau bawa kenderaan, caj yang dikenakan ialah AUD12 untuk sebuah kereta.
9) Makan Lobster di Lobster Shack, Cervantes
Restoran makanan laut popular ini walaupun ada yang kata overrated & overprice, tapi aku anggap ia satu tarikan pelancongan yang mesti kunjungi. Aku pun pada mulanya tidak begitu teruja untuk merasai kelazatan lobster di sini, tetapi setelah menikmatinya, teringat sehingga ke hari ini.
Harganya kalau convert dengan RM memanglah mahal, so jangan convert. Pejam mata jer bayar AUD33 untuk hidangan lobster bersaiz sederhana bersama sepinggan Nasi Goreng Bawang Putih atau dengan kentang goreng. Selain itu boleh juga makan Udang Segar yang dicicah bersama sos tartar. Kalau tak silap, harganya AUD22 untuk one bucket.
10) Jelajah Penguin Island
Pulau ini tidak dibuka sepanjang tahun. Jadi kalau korang berada di Perth selepas musim sejuk, bolehlah merancang ke pulau yang terletak di dalam kawasan Shoalwater Islands Marine Park berhampiran Rockingham.
Untuk ke Rockingham, korang kena memandu kira-kira 45 minit. Feri ke pulau ini ada dijadualkan sejam sekali. Tetapi kalau korang mengambil pakej yang lebih adventure, ianya terhad dan perlu buat tempahan awal. Aku buat tempahan di http://sightseeingpassaustralia.com/index.php/search/?q=penguin+island
11) Bergambar di Blue Boat House
Sebelum terbang pulang, jangan lupa singgah ke Blue Boat House di Swan River untuk bergambar kenangan-kenangan. Ikon tarikan pelancong ini memang sentiasa dikunjungi, dek kerana itu kenalah bersabar menunggu giliran untuk berposing. Tip – jangan ke sini awal-awal pagi kerana backlight untuk bergambar. Cuba ke sana pada jam 12 tengahari ke atas kerana ketika ini cahaya matahari menyinari rumah bot ini.

Happy Holiday!
Pesanan penaja : Kalau mahu dapatkan pakej percutian menarik dan berbaloi-baloi, boleh singgah laman web http://sightseeingpassaustralia.com/