Featured Jalan-jalan

Mesti Pergi ke Penguin Island

November 8, 2016

Korang pernah dengar tentang Penguin Island? Mungkin ada, mungkin tidak. Pulau yang tidak dihuni oleh manusia ini terletak berhampiran Rockingham, yang mengambil masa pemanduan kira-kira 45 minit dari pusat bandar Perth.

Bagaimanapun, perlu diingatkan, Penguin Island ini tidak dibuka sepanjang tahun. Pengunjung hanya dibenarkan menjejak kaki ke Pulau ini bermula pertengahan September sehingga awal Jun setiap tahun.

Ini kerana pihak bertanggungjawab tidak mahu mengganggu koloni penguin terganggu ketika musim pembiakan. Jadi, kalau nak ke sini pastikan korang cari tiket pesawat yang sesuai dengan masa.

penguinisland

 

Rugi rasanya kalau korang lepaskan peluang ke pulau ini kalau sudah ada di Perth pada bulan-bulan pulau ini dibuka kepada pengunjung. Sebabnya, Penguin Island ini memang cantik sangat. Cuma banyak sangat najis burung di sepanjang laluan kayu yang memudahkan pengunjung meneroka pulau bersaiz kecil ini.

Bukan setakat intai penguin!

Memandangkan pulau ini dinamakan Penguin Island, mesti korang ingat hanya penguin yang boleh dilihat di pulau ini bukan? Tidak ya, aku dan teman-teman tempohari ambil pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise yang berharga AUD85. Thanks to Sightseeing Pass Australia, (http://sightseeingpassaustralia.com/ ) for your recommendation!

penguinisland_ferry

Pakej yang mengambil masa kira-kira tiga jam ini memang berbaloi-baloi. Sebabnya, kitorang bukan sahaja dapat tengok penguin, tetapi dapat juga mengintai ikan lumba-lumba, singa laut dan juga beberapa spesis burung lain.

Maksudnya, sebelum singgah ke Penguin Island, bot atau feri akan dibawa mengelilingi Shoalwater Bay, yang merupakan perairan yang terletak di dalam lingkungan Shoalwater Island’s Marine Park yang juga menempatkan Penguin Island ni.

Kalau nak ‘skodeng’ haiwan-haiwan liar ni, korang kena ada sifat kesabaran dalam diri yer. Sebabnya bukan boleh dipanggil-panggil haiwan-haiwan ini untuk memunculkan diri. Kitorang hari tu selepas setengah jam barulah dapat tengok si ikan lumba-lumba menari-nari di permukaan laut! Punyalah seronok tengok sambil tangan laju mencapai kamera merakam memori. Comel jer ikan-ikan lumba tu.

Dolphin Adventure Cruise. #sightseeingaustralia #travel #travelphotography #travelling #dolphins #penguinisland #adventure #sea #traveladdict #birthdaytrip #perth #westernaustralia

Lepas puas tengok gelagat ikan lumba, kitorang dibawa pula menjenguk singa laut. Memang dapat tengok singa laut ni, tetapi masing-masing sedang ‘lena diulit intan’. Tidur tak bergerak. So, snap-snap gambar jerlah. Bot pun tak boleh pergi terlalu hampir dengan singa laut ini kerana bimbang boleh menganggu dan mendatangkan bahaya kepada pengunjung.

penguinisland_collage

Macam-macam yang boleh dilihat. Singa laut, pelbagai spesis burung menanti kehadiran korang!

Selesai agenda intai-mengintai ikan lumba-lumba dan singa laut ini, barulah bot kitorang dibawa ke daratan Penguin Island. Sampai sahaja di sini, kitorang cepat-cepat ke discovery centre untuk melihat si comel penguin yang diselamatkan daripada pelbagai bahaya. lagipun tak mahu terlepas feeding time. Ops! Sebelum terlupa, penguin yang ada di sini merupakan spesis penguin terkecil di dunia.

penguinisland_penguin

Selepas puas dengar penerangan daripada petugas dan merakam gambar, kitorang pun bergegas untuk keliling pulau. Pulau ni kecil sahaja, jadi boleh pusing satu pulau dalam masa singkat. Tapi kitorang ambil masa lebih sejam sebab sibuk berfoto. Apa tidaknya! toleh kiri kanan memang amazing! Rugi pulak kalau tak bergambar puas-puas!Lagipun tak tahu bila pula boleh jejak kaki ke sini lagi.

penguin_island_birdsantuary

 penguin_island_perth

Lepas puas teroka segala-galanya di pulau ini, barulah kitorang bertolak pulang. Naik feri jam 3.10 petang. Phew!

You have to know!

1) Penguin Island is open daily September 15th- early June (Western Australia Day Public Holiday). Closed on December 25th for Christmas.
2) Penguin Island is closed from the day after the Western Australia Day Public Holiday in early June- September 14 for the winter nesting season.
3) Ferry Departures : Depart hourly* 9am, 10am, 11am, 12pm, 1pm, 2pm & 3pm. Return hourly*: 10.10am, 11.10am, 12.10pm, 1.10pm, 2.10pm, 3.10pm & 4pm.
*extra ferries are scheduled every 20 minutes or half hour during peak season as required
4) Penguin Feedings time ; 10.30am, 12.30pm & 2.30pm at Penguin Island Discovery Centre

penguinisland_me

Kalau dihitung, ada lebih 100 gambar aku sahaja dirakam ketika di pulau ini. Gila pose!

So, teringin tak nak ke sini? Kalau korang memang nak pergi, aku highly recommend ambil pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise. Barulah puas sebab banyak yang boleh dilihat. Untuk beli pakej ini korang check out this website! http://sightseeingpassaustralia.com/index.php/sightseeing/product-view/?ExpID=2&ProductID=18&ProductTypeID=6&PrevPgID=531

Happy holiday!

Save

You Might Also Like