Orang kata kalau dah sampai Perth, rugi kalau tak jejak kaki ke Rottnest Island. So, sebab tak mahu kerugian, aku & the geng awal-awal lagi dah plan hendak ke pulau yang menjanjikan keseronokkan itu. Tapi, sebab utama nak ke Rottnest Island ialah untuk selfie with Quokka. Ikut trendlah konon!
Lagipun siapa yang tak tergoda dengan kecomelan haiwan marsupial ini bukan? Lebih istimewa, Quokka hanya boleh ditemui di Rottnest Island. Ini bukan tikus yer, jangan salah sangka pulak. Kalau quokka ini berdiri, adalah setinggi lutut orang dewasa.
Tapi jangan sangka haiwan ini manja sangat dengan manusia. Memang dia tak takut dengan kita, tapi bila nak berselfie bukannya mudah, azab juga. Macam-macam skill kena guna! Sebabnya, bila kita sudah terlalu hampir dengan dia, dia akan melompat larikan diri. Kalau ada bawa makanan baru senang sikit, tapi pengunjung sebenarnya dilarang memberi makanan kepada Quokka. Do not feed the Quokka!

Macam-macam skill kena guna, kalau tak memang tak dapat nak berselfie dengan quokka ni.
Hrm, selain Quokka, apa lagi yang menarik di Rottnest Island ni? Macam pulau-pulau kat Malaysia, pengunjung yang datang mesti sebab keindahan alamnya yang amazing. Jadi, samalah dengan Rottnest Island ini.
Memang sangat cantik! Kalau hendak puaskan hati aku cadangkan korang bermalam di sini. So, boleh rilek-rilek. Kalau tidak, ambil feri di awal pagi. Kalau tak nanti, jadi tergesa-gesa.

Amazing View! Pic ni tk edit sikit pun!
Kayuh basikal keliling pulau
Salah satu cara hendak mengelilingi pulau ini adalah dengan mengayuh basikal. Boleh beli pakej yang menawarkan tiket feri dua hala + basikal untuk kegunaan harian. Harganya AUD99 kalau korang beli dengan http://sightseeingpassaustralia.com
Aku & the geng tempoh hari memang sengaja ambil pakej ini sebab mudah untuk berhenti di mana-mana lokasi yang dirasakan menarik. Perlu diingatkan keluasan pulau ini boleh tahan juga iaitu 19 kilometer persegi. So, kalau berbasikal tu memang menguji stamina sebab jalannya bukan mendatar. Naik bukit, turun bukit. Dengan bangganya aku mengaku yang tempoh hari aku pun tak mampu pusing keliling pulau sebab pancit.

Sepatutnya berenam. Sorang lagi MIA.
Cukup separuh jalan aku dengan dua lagi geng berpatah balik sebab bimbang ketinggalan bot pada jam 4.30 petang. Selain penat, kitorang lambat sebab terlalu kerap berhenti mengambil gambar. Tak cukup dengan itu, leka juga bermain dengan Quokka. Sudahnya banyak juga tempat yang tidak sempat dilawati. Jadi, kalau korang stamina tak berapa hendak ada, baiklah naik bas. Cepat & tak penat. Cuma tak adventurelah uols!
Apa lagi yang korang nak tahu? Boleh google kot sendiri. Check this website http://www.rottnestisland.com Nak cerita panjang lebar pun, bukan ramai yang rajin baca! Jadi, biarlah gambar berbicara! eh!
Rottnest Island, the simple pleasures in life!
psst : Air Asia tengah buat promotion tu! Cepat2 hunting for ticket!