Pernah menjamu selera di The Sumbs, Seksyen 13, Shah Alam? Kalau belum pernah, aku cadangkan korang cuba curi masa untuk menikmati hidangan menyelerakan di sini. Sama ada korang suka masakan western, local mahupun ala-ala Italy, The Sumbs ada semuanya.
Bahkan, menu di sini agak unik kerana difusionkan mengikut selera tempatan. Antara menu popular kat sini ialah Black Pepper Chicken Chop, Chicken Parmigiana, Nasi Goreng Seafood Petai dan juga Churros.
Kalau menu fusion pula adalah seperti Pasta Ala The Sumbs yang merupakan Spaghetti yang dihidang bersama sos dan Daging Dendeng, Pasta Sambal Sotong dan juga Chefs Spicy Pasta.

Kredit foto : The Sumbs Facebook
Satu lagi fakta yang korang patut tahu, The Sumbs tidak menggunakan pinggan-mangkuk, sebaliknya mengunakan kotak untuk menghidang makanan. Jangan risau, kotak ini selamat digunakan kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Tiada bahan kimia dihasilkan apabila makanan panas dimasukkan.
Bagaimana pula dengan harga makanan? Bagi aku masih murah kalau nak dibandingkan dengan kafe-kafe hipster yang ‘berangan’. Saiz hidangan pun banyak dan mengenyangkan. Jom tengok menu yang patut dicuba!
Scallop Sambal Gyoza
Menu appetizer ini bagi aku memang terbaik untuk memicu selera sebelum menikmati hidangan utama. Mula-mula memang tidak yakin sebab ia bukan signature menu. Tapi sebaik dicuba rasanya memang lazat. Dumpling goreng yang mewah dengan rasa scallop bersama sos cili power! Satu hidangan berharga RM8.00.
Chefs Spicy Pasta
Kalau suka makan pasta, apa kata korang cuba menu ni. Sekali tengok macam Mi Hailam, tapi sebenarnya ini Spaghetti yang digoreng kicap bersama hirisan daging dan cili padi. Rasanya memang super power pedas. Kalau tak tahan pedas, jangan mengada-ngada nak order menu yer! Tapi aku suka. Sampai teringat-ingat kesedapannya! RM13.00 jer.
Churros With Chocolate Wafer Pecan Dip
Churros kat sini memang sedap. Itu yang aku dengar ramai orang cakap. Sebab itu pertama kali datang ke sini, aku dah order untuk rasa sendiri. Ternyata memang sedap. Gebu dan crunchy di luar. Tambah menyelerakan apabila dicicah bersama coklat kacang pecan. Kalau tak suka chocolate dip, boleh pilih Churros With Orange Dip. Menu yang ini berharga RM9.80.
So, apa tunggu lagi? Ini alamat penuh The Sumbs – Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia
Enjoy your food!