Featured Ulasan

Citadines St Georges Terrace Perth Buat Aku Senyum

February 8, 2017

Kalau ke Perth, Australia dan mencari lokasi penginapan ideal, aku cadangkan korang menginap di Citadines St Georges Terrace Perth yang terletak di tengah-tengah Perth’s Central Business District.

Hotel yang berkonsepkan Apartment Hotel ini menjanjikan penginapan selesa dengan akses mudah ke pelbagai tarikan utama Perth.  Sama ada bersiar-siar di tengah kota, atau memilih untuk mengambil angin ke pantai.

SR_Aust_Per_Cit St Georges Terrace_Exterior_HR

Hotel Exterior

Beralamat di No 185 St Georges Terrace, Perth WA 6000, Australia, Citadines St. Georges Terrace Perth menawarkan empat jenis penginapan moden bergaya yang mampu memenuhi keperluan percutian setiap individu. Jika menjenguk ke laman web hotel ini, korang dapat melihat info yang dipaparkan seperti berikut :-

“Each room is cleverly designed and masterfully laid-out to incorporate style with comfort. Generously spacious and furnished with sleek, modern furniture in bright, welcoming pops of colour, each room mimics the home of the well-heeled, offering our globe-trotting Citadines guests a living space worthy of their contemporary, well-travelled lifestyle right in the heart of the beautifully bustling city.”

Citadines St Georges Terrace Perth - studio executive - living room

Studio Executive Room

Bilik-bilik yang boleh dipilih ialah Studio Deluxe, Studio Executive,Studio Premier dan 1-Bedroom Deluxe. Harga bilik bermula dari AUD200, bergantung kepada musim. Bagaimanapun, jika korang buat tempahan sebulan atau 30 hari lebih awal, korang berpeluang mendapat 20 peratus potongan harga. Potongan harga yang sama turut ditawarkan buat mereka yang memilih untuk bermalam selama dua malam. Promosi menarik ini berakhir pada penghujung tahun 2017.

Citadines St Georges Terrace Perth - studio deluxe - living room - 2

Studio Deluxe

Pengalaman aku

Aku menginap di Studio Premier yang mempunyai keluasan 48 meter persegi.  Bilik ini selain dilengkapi dengan kabinet dapur, ia turut dilengkapi dengan jakuzi yang sememangnya mampu membuat aku tersenyum.

Dekorasi bilik yang moden dengan warna-warna terang membuat hati tambah berbunga-bunga.  Menghempas badan ke atas tilam, buat aku malas meninggalkan bilik kerana tilamnya empuk selesa. Samalah dengan bantal yang tersedia.

Citadines St Georges Terrace Perth - studio premier - living room - 1

Bilik pilihan aku – Studio Premier With Jacuzi 🙂

LobbyCitadines

Lobby area

Tentang bilik aku memang tidak punya complaint, begitu juga dengan urusan daftar masuk. Semuanya mudah dan cepat. Cuma bagi aku kekurangan Citadines St Georges Terrace Perth ini ialah ia tidak dilengkapi dengan kemudahan parkir tetamu.

Memandangkan aku tempoh hari sudah menempah kereta sewa awal-awal lagi di airport, jadi mahu tidak mahu terpaksa mengeluarkan kos untuk membayar caj parking yang terletak di bangunan berdekatan.

Kalau silap perhitungan, caj parking mungkin boleh mencecah puluhan AUD.  Jadi, nasihat aku, alih atau keluarkan kereta sewa sebelum jam 11.00 pagi jika korang berada di sini pada hari-hari bekerja. Ini kerana pada hari bekerja, caj parking lebih mahal. Pergilah merayau ke pantai atau lokasi menarik sekitar Perth yang lain seperti Fremantle atau Mandurah.

Overall, Citadines St Georges Terrace Perth memang pilihan bijak untuk korang yang mahu bermalam di pusat bandar Perth. Lokasinya yang strategik memudahkan pergerakan.  Sama ada menggunakan pengangkutan awam atau sebaliknya. Malah, sekitar hotel ini juga terdapat banyak kafe-kafe untuk menikmati secawan kopi panas.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi hotel ini di http://www.citadines.com/australia/perth/citadines-st-georges-terrace-perth/index.html

Happy holiday!

 

You Might Also Like