Buletin Featured

DREAMWORKS Kung Fu Panda Village Di Sunway Pyramid

March 2, 2017

Berita menggembirakan buat kali travel yang suka merakam gambar untuk dimuat naik di akaun sosial masing-masing. Tahun ini, sebuah pusat makanan yang bertemakan filem animasi terkenal DreamWorks, Kung Fu Panda Village bakal dibuka di Malaysia.

Medan selera seluas 40,000 kaki persegi yang menawarkan pelbagai jenis makanan serta minuman berkonsepkan watak di dalam filem animasi berkenaan seperti Po dan The Furious Five bakal terletak di Aras LG1, Sunway Pyramid West, di bangunan tambahan baharu Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid.

Jadilah yang pertama merakamkan detik-detik menarik di Kung Fu Panda Village menggunakan handphone korang. Boleh bergambar dengan ukiran-ukiran Po, Master Shifu, Master Oogway dan banyak lagi ketika di sana. Selain itu, boleh juga gunakan khidmat jurugambar profesional dan bawa pulang gambar yang telah dicetak sebagai kenangan!

Lepas puas bergambar, bolehlah mencuba pelbagai jenis hidangan yang diilhamkan oleh Po yang tiada tandingannya. Nikmatilah makanan yang enak seperti ladu dan mi istimewa yang menjadi pilihan utama Po di restoran Dragon Warrior Noodle & Tofu.

Selesai menjamu selera, korang boleh uji kemahiran dalam memperagakan pakaian #OOTD (outfit of the day) di Jade Palace dengan berlatar belakangkan beberapa siri pemandangan yang menarik. Pastikan kamera DSLR atau kamera phone korang itu telah dicaj sepenuhnya kerana pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar di kamar tidur Po, Po’s Bedroom.

Korang  juga boleh menjelajah ke dalam Training Hall, tempat di mana Po meluangkan banyak masanya untuk mempertajamkan kemahiran seni mempertahankan diri. Tambah menarik, korang boleh cuba sendiri beberapa aktiviti menarik seperti membuat mi serta mufin di gerai Mr Ping’s Noodle dan Po’s Muffin.

Persoalannya, bilakah pusat makanan Dreamworks ini akan dibuka? Tunggu update terkini okay!

You Might Also Like