Musim monsun kian berakhir. Kini tiba waktu untuk merancang percutian pantai. Tahun ini awal-awal lagi aku dah masukkan Pulau Perhentian or Pulau Redang dalam my bucket list sebab sudah lebih 3 tahun aku tidak menjejak kaki ke pulau indah itu.
Kalau hendak bercuti ke pantai, apa agaknya barang-barang keperluan yang korang bawa? Aku punya senarai sendiri. Mungkin korang nak tahu juga kan apa yang aku angkut dalam beg? Jom semak!
- Sun Block
- Kalau hendak bercuti ke pantai, krim pelindung matahari atau sun block memang top list aku. Tak sanggup kulit terbakar dek panahan mentari yang terik. Terutamanya kulit wajah. Tak sanggup wajah berbelang-belang apabila kembali ke office.
- Kacamata hitam / shades
Item fesyen ini juga sangat penting. Satu untuk melindungi mata daripada menyilaukan pandangan, kedua untuk memastikan wajah bergaya ketika bergambar. Barulah seronok boleh berkongsi detik-detik indah di ruangan media sosial. Aku sanggup membeli shades baru jika perlu!
- Pakaian renang
- Jika bercuti ke pantai, tidak mungkinlah korang tidak menghabiskan masa dengan bermain air. Paling tidak di gigi air. Macam aku, aku tidak mungkin lepaskan peluang untuk bersnorkeling. Jadi, mesti bawa pakaian renang bersesuaian. Pakaian senang yang sesuai ini maksudnya pakaian yang tidak menyerapa air dan boleh membuat kita bergerak lebih ringan di dalam air. Tolonglah jangan pakai material cotton!
- Colourful Shirt!
- Untuk pastikan foto-foto yang dirakam menyerlah, aku akan membawa t-shirt atau pakaian yang berwarna menarik seperti merah, biru, ungu, oren, turquoise dan kuning. Tapi aku turut pastikan pakaian yang dibawa itu daripada material ringan, nipis dan mudah menyerap peluh.
- Dry beg
- Dry beg ini bagi aku sangat penting. Kalau tertinggal memang buat aku moody. Rasa serba tidak kena sebab aku tak suka barang-barang aku basah dek air. Selalunya aku akan bawa Hypergear Dry Beg. Yellow color. Senang dan mudah untuk aku bergerak ke sana sini.
- Sandal
- Kasut tumit tinggi is big no! no! untuk percutian pantai. Tak sesuai langsung. Dalam perjalanan, bolehlah memakai sport shoes atau sneakers. Tapi apabila sudah sampai di destinasi percutian, sandal adalah pilihan terbaik. Berjalan di pantai dengan sandal membuat langkah kaki ringan. Di pasaran sekarang banyak pilihan sandal yang seksi dan menarik!
- Pareo
Bercanda di pasiran pantai lebih menyeronokkan jika membawa aksesori yang tepat. Kain pareo memang aku selalu bawa untuk dijadikan alas tempat berbaring atau melepak. Selain itu, aku gunakan sebagai props untuk bergambar. Kalau korang suka bergaya seksi, bolehlah gayakan pareo di tubuh badan. Yang penting, kreatif.
- Kamera digital
- Walaupun aku rakam banyak gambar di kamera hanphone, aku tak pernah tidak meninggalkan digital kamera keran kualitinya berbeza. Sekarang dah up sikit, aku bawa jugak kamera DSLR. Rasa rugi kalau tidak bereksperimen dengan lensa. Tapi kamera ini bukan untuk percutian pantai sahaja tau, mana-mana percutian pun kena bawa.
- Perapi rambut atau conditioner
- Syampu tak bawa, tak jadi masalah sebab aku boleh guna syampu yang disediakan oleh hotel. Tapi aku mesti nak bawa perapi atau conditioner rambut. Sebabnya, selepas berendam dalam air laut, rambut aku akan kusut, keras dan kasar selepas disyampu. Conditioner adalah penyelamat! Ia juga senjata untuk mempertahankan kelembapan rambut .