Featured Ulasan

10 Sebab Untuk Stay Di Glow Pratunam, Bangkok

March 29, 2017

Glow Pratunam, Bangkok memang sangat ideal untuk mereka yang ke Bangkok semata-mata untuk berbelanja. Terletak di 919 Petchburi Road, Glow Pratunam dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah tumpuan utama seperti  Platinum Fashion Mall, Palladium World Shopping Mall, Pantip Plaza, Central World Shopping Mall, Siam Paragon Mall, Siam Centre dan Siam Square,.

Bahkan, hotel ini sendiri berada di tingkat 7 hingga 20, Kompleks Membeli-Belah Shibuya Pratunam.  Meriah bukan? Aku pasti kaki shopping akan love dengan hotel ini. Biarpun harga bilik di sini agak mahal, tetapi kemudahan dan servis yang ditawarkan cukup memuaskan. Proses pendaftaran masuk dan keluar juga sangat cepat.

Lobby Area

Melangkah masuk ke bilik, hati akan berbunga riang sebab  dekorasi biliknya menyegarkan, moden & chic. Pabila rebahkan badan ke atas tilam, perasaannya lebih menggembirakan. Tilam dan bantal yang tersedia cukup selesa dan menjanjikan tidur lena.

Deluxe King

Deluxe Corner

Satu lagi perkara yang aku suka ialah, Executive Suitenya dilengkapi tab mandian yang menghadap televisyen. Sambil  berendam, aku layan filem di televisyen. Rasa lega sangat setelah seharian berjalan di bawah terik mentari.

Jika korang punya masa, bolehlah menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan. Glow Pratunam turut dilengkapi fitness centre dan steam room yang beroperasi 24 jam sehari. Paling tidak, boleh chill di kolam renang yang beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga jam 8.00 malam.

Swimming pool

Berikut aku senaraikan 10 sebab untuk stay di Glow Pratunam, Bangkok. Selebihnya, biarlah gambar berbicara

1) Lokasi yang strategik untuk shop till you drop.

2) Bila semua tempat shopping dah walking distance, jadi boleh jimatkan duit transportation.

3) Penginapan yang selesa, dekorasi setiap bilik diinspirasikan daripada empat musim, iaitu musim luruh, panas, bunga dan juga sejuk.

4) Terletak tidak jauh daripada kawasan muslim, so mudah mencari makanan Halal. Cuma perlu jalan kaki sedikit.

5) Akses Wifi yang sangat laju dan percuma.

6) Dapat recognition award daripada beberapa website travel seperti TripAdvisor Certificate of Excellent 2015, Hotels.com Excellent Guest review, Booking.com Award of Excellence 2015 & AsiaRooms Top Rated Award.

7) Mudah berurusan dengan setiap petugas hotel. Housekeeping, room service is super-fast.

8) Ratchathewi BTS Station terletak kira-kira 15 minit masa berjalan kaki dari hotel.

9) Ada spa untuk manjakan diri. Paling tidak boleh buat urutan kaki selepas seharian berjalan keliling kota.

10) Talad Neon Night Market cuma berhampiran. Jalan kaki kira-kira 10 ke 15 minit jer.

Chop! Ada pesanan penaja untuk yang berminat untuk stay di hotel ini. Dapatkan tambahan diskaun sebanyak 10 peratus apabila menggunakan kod promo ‘MISSAYU10%’ ketika membuat tempatan di laman web hotel ini (isi di ruang Promo Code). Promosi sah sehingga 31 Disember 2017

Happy holiday & shop till you drop in Bangkok.

You Might Also Like