Featured Ulasan

6 Menu Mesti Cuba di Legoland Malaysia

April 24, 2017

Kalau ke Legoland, pasti korang hendak menjamu selera selepas seharian menghabiskan masa dengan pelbagai tarikan menyeronokkan. Kali ini aku hendak cadangkan beberapa menu menarik dan lazat untuk dicuba. Keenam-enam menu ini boleh dinikmati di beberapa lokasi selera di dalam taman tema popular ini.

1) Beef Pepperoni Pizza, Pizza Mania (RM30 ala carte) Kaya dengan rasa tomata dan beef peperroni, pizza ini boleh dipesan secara ala-carte atau kombo (RM35, didatangkan dengan semangkuk sup dan satu minuman ringan). Bagi penggemar doh pizza nipis, pizza ini pasti menambat selera. Paling penting, saiznya besar dan boleh dinikmati untuk dua orang dewasa. Jadi harganya tidaklah terlalu membebankan.

2) Aloha Chicken Pizza, Pizza Mania (RM26 ala carte) Menu paling popular di lokasi selera ini. Sebabnya, kesegaran isi ayam & kepingan nenas membangkitkan rasa. Ditambah pula dengan limpahan keju yang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan ketika masih panas.  Juga boleh dipesan secara kombo.

3)Seafood Marinara (RM27) Buat penggemar pasta bersama makanan laut, Spaghetti Seafood Marinara ini pasti tidak mengewakan. Cukup lazat dengan limpahan rasa sos tomato berkrim, kepingan udang segar dan juga kepah. Spaghetti juga dimasak sempurna. Tidak keras dan tidak terlalu lembut.

4) Black Pepper Beef Burger, Burger Junction (RM28 kombo) Terdapat tiga burger chef creations di lokasi selera ini, dan Black Pepper Beef Burger adalah pemenangnya.  Lapisan burger yang bukan hanya terdiri daripada patty daging, tetapi ada kepingan keju dan juga hirisan daging segar. Sos lada hitam secukup rasa dan mungkin lebih enak jika hirisan daging segar terbabit dihidang ranggup.

5) Grilled Beef Terderloin with Shimeiji Mushroom, King’s Grill (RM48) Sedap sangat! Daging dimasak sempurna seperti yang diinginkan. Sederhana masak. Cendawan Shimeiji melengkapkan hidangan dengan rasa kenyal dan segar. Tapi kuantitinya agak sedikit. Sos perang juga mengecewakan.  Resipi istimewa katanya!

6) Grilled Chicken Leg, King’s Grill (RM28) Ayam diperap sempurna dengan rasa yang memikat selera. Isi ayam berjus dan tidak muak dimakan. Begitu juga dengan hidangan coleslaw. Sayurannya segar ditambah pula dengan bijian kismis yang membangkitkan rasa. Langsung tidak mengecewakan. Happy holiday & selamat menjamu selera!

You Might Also Like