Featured Jalan-jalan

Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort Sukar Dilupakan

May 3, 2017

Hujung Februari lalu aku menjejak kaki ke Hua Hin. Thailand setelah lama mengintai destinasi percutian kegemaran penghuni Bangkok ini. Tambah teruja apabila carian google menyenaraikan banyak tarikan menarik di sekitar Hua Hin yang terletak di daerah Cha Am ini.

3 hari 2 malam di Hua Hin terasa begitu singkat dek kerana jatuh cinta dengan Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort. Lokasi penginapan bertaraf exclusive boutique resort ini memang tip top. Everything is perfect! Tiada penyesalan. Hati berbunga riang sebaik sahaja melangkah masuk ke lobi hotel ini. Kehadiran aku disambut mesra oleh petugas hotel dengan segelas welcome drink menyegarkan!

Aku rasa cukup bangga dengan diri sendiri sebab terjumpa info tentang resort ini ketika sibuk mencari lokasi penginapan di Hua Hin. Biarpun harganya agak mahal, tetapi berbaloi-baloi. Kerana terlalu suka dengan bilik pool access yang serba mewah, aku dan si dia ambil keputusan untuk menikmati percutian di Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort sepuas-puasnya. Dah jadi macam staycation pun ada. Sikit pun tak rasa rugi walaupun hanya melawat dua tarikan lain di Hua Hin.

Sebabnya aku leka menikmati keindahan pantai di Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort.  Sambil merebahkan diri di kerusi malas menghadap ke laut, aku hilangkan dahaga dengan segelas jus buah-buahan segar. Selain itu, baik aku mahupun si dia tidak henti-henti merakam pemandangan alam yang keindahannya sukar diungkap dengan kata-kata.

Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort hanya mempunyai 40 buah bilik tetamu yang terdiri daripada dua jenis bilik iaitu Studio Pier Pool Access (aku stay dalam bilik ini) dan Moon Deck Duplex Suite yang berada di tingkat atas. Setiap bilik dihias dengan decorasi romantik serta dilengkapi tab mandi. Opps! Sebelum terlupa, no children is allowed in this resort okay.  Hanya untuk dewasa. Sebab itu ia cukup privasi terutamanya untuk mereka yang mahu menikmati percutian bulan madu.

Memang banyak keistimewaan resort ini, kalau hendak diceritakan satu persatu memang panjang berjela tulisan aku nanti, so aku senaraikan info yang aku rasa betul-betul worth it untuk dikongsi.

1) Sarapan pagi di sini dihidangkan secara ala carte dan unlimited. Jadi tetamu boleh duduk di kafe sambil berbual mesra dengan menikmati satu persatu hidangan menyelerakan.

2) Terdapat spa untuk memanjakan diri dan juga fitness centre untuk tetamu yang mementingkan senaman ketika bercuti.

3) Terdapat shuttle bus percuma untuk ke pekan Hua Hin. Tetapi, perlu ambil transport lain untuk balik ke hotel semula.

4) Setiap sudut di Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort is Instagrammable.

5) Laman web TripAdvisor mengiktiraf resort dengan Certificate of Excellent untuk tahun 2011, 2012, 2013, 2014 & 2016.

6) Jangan lupa menikmati MOOD BATH di bilik sendiri. Terdapat beberapa menu yang boleh dipilih seperti pakej Mandi Bunga. Pakej ini dilengkapi dengan dua gelas minuman segar dan satu set salad pembuka selera.

7) Tilam yang digunakan di sini cukup istimewa. Digelar laZzz Bed, spring tilam yang bersaiz kecil menjanjikan tidur malam lena. Tidak akan terganggu dengan pergerakan badan pasangan di sebelah.

8) Jika ke sini pada hujung minggu, jangan lupa singgah ke Cicada Market yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari hotel. Night Market ini menghimpunkan pelbagai cenderamata menarik serta pelbagai makanan Thai seperti Tom Yam, Pulut Mangga, dan Som Tam.

Untuk maklumat lanjut tentang Let’s Sea Hua Hin Al Fresco Resort ini, apa kata korang intai sendiri di http://www.letussea.com/

Let’s travel & explore!

You Might Also Like