Featured Ulasan

Jatuh Cinta Dengan Cream Puff Droffee

August 12, 2017

Cafein addict mesti singgah ke sini untuk melayan ketagihan korang. Kafe yang berusia kurang dari setahun ini merupakan cetusan idea Fasha dan Faiz Rusli serta Faliq dan Daniel Somers yang punya ikatan keluarga.

Jika diintai dari luar, mungkin ada yang berpendapat kafe kecil ini tidak ada keistimewaannya. Don’t judge a book by it’s cover! Biarpun tampil dengan rekaan minimalis, namun kafe ini punya kelebihan sendiri.  Droffee menghasilkan ‘draf coffee’ (handcrafted) mereka sendiri. Sebab itulah kafe ini dinamakan Droffee. Antara pilihan Cold Brew yang ada untuk draft coffee ini ialah Original, Vanilla Black, Orange Black and of course my  favourite, Blonde.

Satu lagi pilihan yang mesti cuba ialah Creme Brulee Coffee. The taste is so special and believe me, you gonna love it. The presentation jer dah buat aku teruja. Selain itu ada juga pilihan tipikal yang lain seperti Caffee Latte, Cappuccino dan Mocha.

Creme Brulee Coffee

Enough with the drinks, sekarang nak cerita tentang dessert yang boleh korang nikmati di sini. Apalah erti secawan kopi tanpa sepotong kek! (betul ke ni?) Antara yang mesti cuba ialah Kek Pandan Gula Melaka , Cheese Cake, Floating Indulgence, Lemon Meringue, dan Brownie Coklat. Setiap jenis kek ini memang layak diberi pujian. Sedap sangat!

Satu lagi ‘senjata’ Droffee yang menggamit kedatangan pengunjung ialah Cream Puff yang super lazat. Tidak seperti cream puff yang lain, Droffee menghidangkan sesuatu yang berbeza. Cream Puff di sini ranggup di luar dan melting di dalam. Intinya punya rasa menambat selera, bagaikan Aiskrim Vanilla. Aku sendiri jatuh cinta dengan Cream Puff ini. Kalau boleh mahu menikmatinya setiap hari.

Jadi jangan banyak soal, sila jamu selera di sini dan nilai sendiri. Droffee terletak di P-1-26, Tropicana Avenue,  PJU 3, Persiaran Tropicana,Petaling Jaya, Selangor.

Happy tummy! Happy life!

You Might Also Like