Featured Ulasan

Tak Rugi Bermalam di Max One Hotel Ubud

October 20, 2017

Setelah hampir tiga tahun tidak menjejakkan kaki di Pulau Dewata Bali, akhirnya aku kembali ke bumi yang terkenal dengan keindahan pantai dan keunikkan budaya ini. Kali ini aku tekad tidak mahu menginap di kawasan yang sesak dengan pelancong. No more Kuta or Legian!

Setelah berbincang dengan my travel partner, kami sebulat suara mahu menginap di Ubud. Daerah yang punya tarikan sawah padi ini memang sering menjadi pilihan mereka yang dahagakan ketenangan dan suasana desa. Seperti biasa aku tanya ‘Mr. Google’ di mana lokasi penginapan baru yang patut aku cuba.

Ting! Max One Hotel Ubud mencuri perhatian. Apa tidaknya, hotel baru yang berusia kurang dari setahun ini mendapat ulasan memberangsangkan. Ramai yang memuji-muji, selain ingin kembali menginap di sini. Selain itu, foto bilik-bilik yang tersedia juga menarik minat. Tampak moden, selesa dan ceria.

Pemandangan luar hotel

Dipendekkan cerita, aku akhirnya check in di Max One Hotel Ubud. Tiada penyesalan. Hotel ini punya lokasi strategik. Terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali, Max One Hotel tidak sukar untuk dijejaki. Terletak di tepi jalan besar, hotel yang menawarkan 66 buah bilik ini buat aku tersenyum.

Menampilkan konsep pop art culture, Max One Hotel Ubud sesuai untuk mereka berjiwa muda seperti aku! (perasan) Ruang lobi dihias dengan mural berwarna-warni yang seakan-akan memanggil-manggil untuk merakam memori di situ.

Melangkah masuk ke bilik yang ditempah, senyuman aku makin melebar. Bilik luas, ada balkoni, punya single sofa dan yang paling penting katil bersaiz King. Berbaloi-baloi rasanya kerana bilik Happiness & Max Happiness ini cuma berharga sekitar RM180 (selepas convert dengan nilai Rupiah) berserta sarapan pagi percuma untuk dua orang.

Inilah rupa bilik yang aku tempah tempohari. Memang cantik & aku suka sangat dengan lampu rotan di sudut sofa!

Selain jenis bilik ini, korang juga boleh pilih dua jenis bilik lain iaitu Warmth Room dan Max Warmth Room yang saiznya lebih luas. Kedua-dua jenis bilik ini punya dekorasi yang lebih kurang sama dengan Happiness & Max Happiness, cuma saiznya lebih luas.

Jadi, ia sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Kalau korang sedang berbulan madu, aku cadangkan bilik Max Warmth Room kerana ia turut dilengkapi tab mandi. Tapi, kena buat tempahan awal okay, kalau tidak melepas macam aku, sebab bilik ini hanya ada satu.

Bilik Max Happiness Twin

Kolam renang dengan panorama matahari terbenam!

Satu lagi tarikan Max One Hotel Ubud, hotel ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang memukau dari kolam renang yang terletak di Roof Top. Remang-remang senja makin mengusik jiwa dengan hamparan sawah padi menghijau. Mengasyikkan!

Selain kolam renang, Roof Top ini juga menempatkan Max Bistro yang menyediakan sarapan pagi secara bufet. Pilihan menu agak terhad tetapi cukup untuk mengalas perut sebelum korang menikmati hidangan makan tengahari bercitarasa tempatan.

Satu lagi yang aku suka tentang Max One Hotel Ubud ini ialah, boleh dikatakan setiap sudut punya Instagrammable value. Seronok berkongsi gambar di sosial media. Kehadiran Cheeky Monkey juga menyeronokkan, seolah-olah mengalu-alukan kehadiran tetamu yang menginap di sini. Aku seperti biasa, tak lepaskan peluang merakam memori untuk dibawa pulang.

So, kalau korang bercadang untuk menginap di Ubud, Max One Hotel Ubud is highly recommended! Selain selesa dan ceria, hotel ini bebas hantu! Eh! Maksud aku tiada gangguan makhluk halus yang boleh mencalar mood percutian! Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.maxoneubud.com

Foto-foto di bawah ni aku rakam hanya menggunakan phone Samsung A9 Pro. No edit.

 

Save

Save

Save

Save

You Might Also Like