Featured Ulasan

M’s INN HIGASHIYAMA, Kyoto Berbaloi-baloi!

November 6, 2017

Sepanjang 7 hari 6 malam berada di Osaka, Jepun pada pertengahan Oktober lalu, aku check-in di tiga buah hotel. Dua di Osaka, dan satu lagi di Kyoto. Tidak dinafikan hotel di Jepun memang harganya agak mahal berbanding negara-negara Asia yang lain.

Aku mahu berkongsi pengalaman menginap di ketiga-tiga hotel ini dengan korang. Tapi kali ini aku kongsi tentang M’s INN HIGASHIYAMA dahulu. Sebabnya, ini hotel yang aku paling suka berbanding dua hotel yang lain.

Mana tahu ada yang ingin menjenguk ke Kyoto dalam waktu terdekat ini setelah sampai ke Osaka.

Hotel atau penginapan ini aku tempah untuk 2 hari, 1 malam sahaja. Iaitu ketika aku panjangkan langkah ke Kyoto dari Osaka. Biarpun hanya berbintang satu, tetapi M’s INN HIGASHIYAMA ini buat hati aku tertawan.

Dekorasi berhampiran kaunter check – in.

Designer hotel ini membawakan konsep ‘make yourself at home’ dengan menyediakan kemudahan yang cukup selesa untuk tetamu yang ingin menghabiskan masa di Kyoto. Sama ada untuk percutian pendek, mahupun untuk percutian panjang.

Terletak di Gion,  M’s INN HIGASHIYAMA memang melangkaui apa yang aku bayangkan. Pertama, proses check in.  Perlu tunggu confirmation email daripada pihak pengurusan yang mengatakan bilik yang ditempah sudah boleh di akses masuk pada tarikh tempahan. Emel yang dikirim akan memberikan password untuk pintu lobi utama dan nombor bilik.

Apabila sudah dapat membuka pintu utama, perlu check in sendiri dengan menggunakan tablet yang tersedia di kaunter lobi. Urusan check in memerlukan anda mencipta password untuk membuka pintu bilik yang telah disertakan dalam email. Sebab tak biasa buat macam ini, aku tempoh hari agak terkial-kial juga. Tapi berjaya jua setelah mencuba kira-kira 15 minit.

Mesti korang tertanya-tanya, ada atau tidak staff yang boleh membantu? Jawapan aku, ada kalau korang bernasib baik. Sepanjang dua hari di sana, aku terserempak sekali sahaja dengan staff di kaunter. Itupun dia datang sekejap sangat. Jadi, pandai-pandailah korang nak akses ke M’s INN HIGASHIYAMA.

Lagipun sebaik tempahan dibuat, pihak pengurusan akan hantar email, pesan supaya pastikan ada akses kepada internet untuk check email.Mungkin korang rasa leceh, tapi inilah namanya teknologi. Lain tempat, lain caranya.

Melangkah masuk ke bilik, aku memang rasa nak lompat, lompat. Best sangat. Aku pilih bilik Superior Twin Room with Tatami Area. Bersih dan paling penting ada Tatami Mate tu. Barulah ada mood bercuti ke Jepun kan! Bilik luas, selesa serta dilengkapi dengan almari, televisyen, microwave, penghawa dingin, peti sejuk dan juga bilik air persendirian. Selain itu, dua pasang persalinan tidur turut tersedia.

Bilik luas selesa, luas & bersih. Tilam dan bantal pun best!

Superior Twin Room with Tatami Area.

Kalau ada peluang ke Kyoto lagi, aku pasti pilih hotel ini lagi. Selain sesuai dengan bajet, persekitaran hotel sangat bersih, lokasi pun bagus kerana dekat dengan stesen subway. Kekurangannya cuma tidak ada cafe untuk menjamu selera. Alah….. bukan masalah pun. Boleh beli makanan siap-siap untuk dipanaskan di dalam microwave.

Kalau korang nak menempah M’s INN HIGASHIYAMA, boleh tempah melalui Agoda.com atau Booking. Com. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web rasmi, http://msinn.jp/higashiyama/en/

You Might Also Like