Setiap kali ingin bercuti atau melancong, pasti kita tercari-cari lokasi penginapan yang mampu memberi pengalaman menyeronokkan. Selain mendapat tidur lena, kita juga mendambakan sebuah hotel atau resort yang mempunyai perkhidmatan cemerlang.
Kalau merancang menghabiskan hujung minggu di Kuala Lumpur, apa kata korang menginap di Novotel Kuala Lumpur. Hotel yang beralamat di No: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, ini memiliki lokasi yang cukup strategik. Lebih-lebih lagi kepada ‘kaki shopping’ yang ingin memburu barangan berjenama.
Apa tidaknya, dari Novotel Kuala Lumpur, anda hanya perlu berjalan kaki ke beberapa pusat membeli-belah ternama seperti Pavilion, Farenheit88, Lot 10, dan Starhill Gallery, Suria KLCC dan Avenue K. Tak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tak perlu keluar belanja untuk pengangkutan awam. Jadi, boleh berbelanja lebih di butik-butik berjenama pilihan.
Kamar selesa
Selain lokasi, korang juga perlu tahu tentang kamar penginapan yang ditawarkan. Percayalah, korang tidak akan menyesal dengan fasiliti yang tersedia. Novotel Kuala Lumpur menawarkan enam jenis bilik yang terdiri daripada Premier, Superior, Executive, Superior Twin, Executive Twin dan Junior Suite.
Setiap bilik kecuali Superior Twin dan Executive Twin dilengkapi dengan katil bersaiz ‘king’, tilam dan bantal empuk yang menjanjikan tidur malam lena. Selain itu, kemudahan tab mandian juga memberi peluang untuk korang merehatkan otot dan melapangkan fikiran tatkala berendam di dalam air mandian. Sambil berendam, boleh juga menonton program TV kegemaran di kaca televisyen. Ini kerana terdapat panel besar yang membolehkan anda melihat ruangan kamar.
- http://www.accorhotels.com
- http://www.accorhotels.com
- http://www.accorhotels.com
Sama seperti kebanyakan hotel lain, Novotel Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan menyediakan minuman panas sebagai tanda penghargaan buat tetamu. Jika memilih menginap di Premier Room atau Junior Suite, boleh menikmati hidangan koktel dan sarapan pagi di Premier Lounge yang terletak di tingkat 28.
Tidak cukup dengan itu, tetamu juga berhak mendapat kemudahan jalur lebar, panggilan telefon dan penggunaan bilik mesyuarat selama dua jam secara percuma.
Satu lagi keistimewaan Novotel Kuala Lumpur ialah ia menyediakan ‘room service’ untuk 24 jam! Jadi, jika sudah terlalu penat kerana seharian mengelilingi kota atau atau perut terasa lapar, bolehlah pesan makanan untuk dihantar ke kamar.
Untuk maklumat lanjut tentang Novotel Kuala Lumpur, boleh layari www.novotelklcitycentre.com atau hantarkan emel ke h6324@accor.com untuk tempahan.