Featured Jalan-jalan

Tak Rugi ke Pulau Jeju, Sebab Ada Shinhwa Theme Park

March 7, 2018

Destinasi percutian yang diperkenalkan oleh penerbangan tambang murah, AirAsia ini punya tarikan tersendiri biarpun ada yang menganggap pulau ini untuk percutian orang-orang tua.

Bagi aku mereka yang berpendapat sebegitu mungkin kerana Pulau Jeju bukanlah tempat untuk korang mencari hiburan malam, parti-parti atau yang seangkatan dengannya. Jeju adalah destinasi untuk lari daripada hiruk-pikuk kota sambil menikmati magis alam.

Bagaimanapun, untuk peminat taman tema, korang boleh panjangkan langkah ke Shinhwa Theme Park yang terletak di dalam kawasan Jeju Shinhwa World, Seogwipo-si iaitu kira-kira 45 minit ke satu jam perjalanan menaiki kereta.

Shinhwa Theme Park, tarikan terbaru di Pulau Jeju

Kalau Disneyland boleh berbangga dengan Mickey Mouse, Snow White dan Shrek, Taman Tema Shinhwa yang dibangunkan dengan kerjasama TUBAn, salah satu syarikat animasi utama Korea, ini mempertaruhkan karakter animasi 3D popular seperti Larva, Wingcle Bear, Buck, dan Oscar. Takkan korang tak tahu dengan karektor Larva yang mencuti hati. Biarpun tanpa dialog, aksi lucu si Larva Kuning dan Merah buat kita pecah perut ketawa.

Taman tema  ini menawarkan tiga zon bertema yang terdiri daripada Larva’s Adventure Village, New World Oscar dan Rotary Park. Secara keseluruhan terdapat 15 permainan atau rides yang boleh dicuba oleh pengunjung. Tidak ketinggalan, pameran bertema dan juga persembahan secara langsung secara berjadual.

Jadi, apa permainan atau tarikan yang wajib korang cuba di sini? Pertama, jangan lepaskan Oscar ‘s Spin ‘N Bump yang terdapat di Oscar’s New World.  Permainan ini walaupun nampak macam biasa-biasa sahaja, namun pengalamannya cukup berbeza apabila mencubanya sendiri.  Saat tubuh melambung tinggi di udara memang terasa kecut perut.

Ketika ini menjerit sekuat-kuat hati itu perkara biasa. Tak mustahil ada yang memejam mata sepanjang masa. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka yang berpenyakit jantung, hamil atau mempunyai darah tinggi tidak dibenarkan menaiki Oscar ‘s Spin ‘N Bump.

Satu lagi tarikan yang mesti dicuba di zon ini ialah Oscar Dragon. Roller Coaster yang yang kononnya seekor naga mistik ini membawa pengunjung ke dunia yang tidak dikenali. Perasaan ketika menaiki roller coaster ini tidak mengecewakan. Mungkin tahap kehebatannya tidak sama seperti roller coaster yang ada di Universal Studio Singapore atau Osaka, tetapi  berbaloi untuk dicuba. Lebih-lebih lagi kalau korang seorang yang suka pada kepantasan dan ketinggian.

Berpindah ke Larva’s Adventure Village, di sini korang boleh mencuba Flying Larva. Permainan berbentuk sebuah Carousel ini membuai laju sehingga diri terasa seolah-oleh sedang terbang. Cukup seronok jika permainan ini dicuba bersama teman-teman. Boleh lihat siapa yang berani, siapa yang tidak.

Bagi yang kurang adventurous , bolehlah mencuba Larva’s Space Adventure. Permainan menembak ini memerlukan pengunjung memakai kaca mata 3D. Biarpun tidak faham dengan arahan yang diberikan dalam bahasa Korea, tetapi anda boleh meneka apa yang patut dilakukan. Kalau susah sangat, perhatikan orang sebelah. Ikut apa yang dia lakukan, tak susah pun.

Selain permainan yang disebutkan di atas, sebenarnya masih banyak lagi tarikan yang boleh dicuba. Bagi yang bercuti bersama keluarga, mesti lama korang akan menghabiskan masa yagn lebih lama di sini.

Memandangkan taman teman ini merupakan sesuatu yang baru dalam liga taman tema di seluruh dunia, ia menjadi tarikan yang cukup menarik untuk diteroka. Seperti taman-taman tema lain, di sini anda juga berpeluang untuk bergambar dengan karektor-karektor animasi yang akan menyapa kedatangan pengunjung dari semasa ke semasa. Selain itu, boleh juga singgah di kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan untuk dijadikan ole-ole.

Memang banyak spot untuk bergambar. Entry Instagram korang mesti meriah!

Ole-ole untuk dibawa pulang. Size kecil 19,000 Won, yang besar 29,000 Won

 

5 fakta yang mesti tahu!

1) Shinhwa Theme Park dibuka secara rasmi pada 30 September 2017.

2) Tiket untuk dewasa berharga 39,000 Won dan untuk kanak-kanak berharga 35,000 Won.

3) Banyak spot untuk mengambil gambar untuk dikongsi ke akaun sosial media anda.

4) Selebriti K-Pop Popular, G-Dragon bakal membuka sebuah kafe di sini.

5) Lionsgate Movie World akan turut dibuka di sini bagi melengkapkan tarikan.  Antara filem popular Lionsgate ialah The Twilight Saga, The Hunger Game, Robin Hood, dan The Cabin In The Wood.

6) Terdapat juga Shinhwa Waterpark untuk lebih keseronokan.

7) Tiada cafe atau restoran yang menyediakan makanan halal. Tapi ada satu resorang seafood yang terletak berhampiran pintu masuk taman tema.

 

Note : Next entry aku nak share pasal Jeju Loveland!

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply mizz4yu March 7, 2018 at 11:06 PM

    hi

  • Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.