Buletin Featured

RM188 Jer Pakej Cuti Ke Bali

March 15, 2018

Berangan mahu bercuti ke Bali? Atau sudah pun beli tiket ke Bali ketika promosi free seats AirAsia baru-baru ini? Kalau sudah, dah dapat atau belum pakej cuti- cuti yang sesuai?

Kalau belum, jom jenguk Matta Fair Edisi 2018 yang akan berlangsung di PWTC bermula esok 16 hingga 18 Mac 2018.

Dah sampai sana nanti, apa kata korang cari Hall 2, Booth 3160 & 3161. Sebab apa?

Sebab di Booth ini korang boleh beli pakej ke Bali semurah RM188 untuk percutian 3 hari 2 malam. Pakej berbaloi-baloi ini ditawarkan oleh Max One Hotel Ubud. Murah tak semestinya bad service kan?? Aku dah pernah stay di Max One Hotel Ubud dan percayalah hotel ini menawarkan service yang bagus. Bilik pun luas dan cantik!

So, tak perlu cakap banyak, semak details di bawah dan cepat-cepat rebut peluang:-

Terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali, Max One Hotel tidak sukar untuk dijejaki. Ini kerana ia terletak di tepi jalan besar. Menawarkan 66 buah bilik, hotel ini mampu buat anda tersenyum riang.

Menampilkan konsep pop art culture, Max One Hotel Ubud sesuai untuk mereka berjiwa muda, bebas dan ringkas. Ruang lobi dihias dengan mural berwarna-warni yang seakan-akan memanggil-manggil untuk merakam memori di situ.

Satu lagi tarikan Max One Hotel Ubud, hotel ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang memukau dari kolam renang yang terletak di Roof Top. Remang-remang senja makin mengusik jiwa dengan hamparan sawah padi menghijau. Mengasyikkan!

Satu lagi kelebihan Max One Hotel Ubud ini ialah, boleh dikatakan setiap sudut punya Instagrammable value.  Pasti seronok berkongsi gambar di sosial media. Kehadiran Cheeky Monkey juga menyeronokkan, seolah-olah mengalu-alukan kehadiran tetamu yang menginap di sini.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.