Kesempatan berbulan madu di Pullman Hanoi pada Mac lalu merupakan satu kenangan yang cukup indah. Biarpun Hanoi bukan kota pilihan pertama untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang, tetapi honeymoon kali ini memang wow!
Sebabnya, kami memilih Pullman Hanoi sebagai lokasi penginapan. Hotel bertaraf 4.5 bintang ini memang satu pilihan yang cukup bijak. Mempunyai lokasi yang strategik (terasing dari old quarter yang sibuk dan padat), Pullman Hanoi juga menawarkan pakej bulan madu yang direka mengikut permintaan pelanggan. Malah, ada kejutan istimewa buat setiap pasangan.
Layanan bagaikan VIP bukannya bermula sebaik tiba di lobi hotel, sebaliknya di saat kaki melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai. Kedatangan aku dan suami disambut mesra oleh pemandu yang datang menjemput. Melangkah masuk ke dalam Toyota Camry yang digunakan, aku meleret senyum kerana terlihat ada sekotak coklat dan macaroon dengan nota “Your Journey Begin Here”.
Jadi, memandangkan perjalanan ke hotel mengambil masa kira-kira 45 minit, kami berdua manjakan lidah dengan manisan yang tersedia, sambil diulit dengan pemandangan di luar tingkap. Maklumlah baru pertama kali menjejak kaki di Kota Hanoi.
Jadi apa yang bestnya berbulan madu di Pullman Hanoi?
1) Lokasi strategik
Beralamat di 40 Cat Linh Str, Cát Linh, Hoàn Kiếm, Hà Nội 10000, Vietnam, Pullman Hanoi terletak di kawasan yang tidak sesak dengan kehadiran pelancong. Bagaimanapun, ia tidak jauh dari Old Quarter dan French Quarter. Hanya mengambil masa kira-kira 10 minit menaiki teksi. Jika korang cukup berstamina, boleh jalan kaki perlahan-lahan sambil merakam foto di sudut-sudut menarik.

Hoan Kiem Lake antara tarikan yang mesti dilawati di Hanoi.
2) Kamar dihias tema bulan madu
Menawarkan beberapa jenis kamar, penginapan ini cukup selesa. Ada kamar Superior, Deluxe, Deluxe Executive dan Executive Suite. Aku dan suami menginap di kamar Deluxe Executive dengan pilihan katil King dan menghadap kolam renang. Kamar kami dihias sederhana dengan sentuhan tema bulan madu. Ratusan kelopak mawar berbentuk hati di atas tilam menghangatkan suasana. Tidak ketinggalan jambangan mawar yang tersedia di atas meja kecil bersama sebiji kek dan juga sparkling juice.
3) Kemudahan selesa
Pullman Hanoi punya pelbagai kemudahan untuk menjamin keselesaan. Biarpun hotel ini mensasarkan pelanggan perniagaan, tetapi ia sebenarnya ideal untuk percutian santai bersama keluarga dan teman-teman. Ini kerana kemudahan di sini lengkap. Ada kolam renang, spa, pusat kecergasan (gym), café dan juga bar. Jadi, kalau sudah terlalu penat berjalan, bolehlah berehat sahaja di hotel (itu yang kami buat).
4) Layanan tip top daripada petugas hotel
Apa sahaja pertolongan yang anda diperlukan, pihak hotel akan bantu tanpa banyak soal. Kami paling senang dengan Guest Experience Assistant Manager, Jayden. Apa sahaja yang kami perlukan, Jayden pastikan kami dapat. Contohnya, Jayden dapatkan sim card tempatan untuk kami berdua, walaupun dia sebenarnya sudah habis waktu bertugas ( 7.00 malam). Selain itu, Jayden juga tolong belikan tiket Water Puppet supaya kami tidak perlu beratur panjang di lokasi terbabit.
5) Berdekatan dengan Temple Of Literature
Temple of Literature hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel ini. Selepas bersarapan, bolehlah ke sini untuk merakam memori di salah satu tarikan yang paling indah di Hanoi. Datang awal pagi untuk elak kesesakan pelancong apabila menginjak ke tengahari. Bangunan yang asalnya dibina sebagai sebuah universiti pada tahun 1070 ini menonjolkan senibina tradisional Vietnam dan sangat sesuai dijadikan lokasi fotografi bersama pasangan. Pilih busana yang sesuai bagi menyuntik mood lebih realistik.
Jadi, tunggu apa lagi? Buat tempatan di www.pullmanhotels.com/Hanoi untuk harga yang lebih kompetitif. Check galeri foto di bawah untuk mendapat gambaran tentang hotel ini:-
Happy honeymoon!
1 Comment
Wow, layanan first class, very exclusive! It’s so awesome of them to provide the complementary chocs & desserts.