Featured Jalan-jalan

Photoshoot di Blue Boat House, Diskaun USD50

July 2, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan The Blue Boat House, Perth, Australia? Percutian ke Perth bagaikan tidak lengkap, jika tidak merakam memori  di rumah paling popular di Swan River ini. Jadi, tidak hairanlah kena menunggu giliran untuk bergambar. Sebabnya, ramai yang akan singgah di sini untuk bergambar.

Baru-baru ini aku dan suami sekali lagi ke bercuti ke Perth bagi meraikan ulangtahun perkahwinan. Kali ini kami sepakat mengambil jurugambar profesional untuk mengambil gambar-gambar kami berdua di sekitar Perth.

Bukan saja-saja hendak membazir, tetapi kami mahu foto-foto yang terhasil memuaskan hati.  Kalau ambil gambar sendiri ini faham-fahamlah….ada sahaja yang tidak kena.  Risau kamera terjatuhlah, kamera orang rembatlah, dan macam-macam lagi.

Selepas google punya google, jumpa website www.sweetescape.com   yang tawarkan pakej fotografi bersama jurugambar profesional tempatan. Selepas puas hati dengan ulasan-ulasan online tentang servis mereka ini, aku pun nekad beli pakej yang berharga USD400 (lain destinasi, lain harga) untuk sesi 2 jam, 40 photos.

Selepas selesai buat bayaran, jurugambar yang berminat hantar mesej untuk dapatkan details  tentang photoshoot yang aku angan-angan. Lepas bincang ini dan itu, sampailah hari dijanjikan.  The truth is, aku decide tema photoshoot aku ini very the last minutes. 2 hari sebelum terbang ke Perth.

Mujurlah semuanya berjalan lancar. Terima kasih banyak-banyak pada Mitchelle yang rajin menjawab soalan-soalan aku. Jurugambar muda yang baru berusia 21 tahun ini bukan calang-calang orang rupanya. Dia sering terlibat dengan acara fesyen di Australia.

Sesi fotografi aku bermula jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari. Sengaja buat awal sebab bimbang sebelah petang hujan.  Lagipun Mitchelle memang cadangkan kami buat sebelah pagi sebab mahu mengelak daripada bertembung dengan ramai orang di The Blue Boat House. Memang benar, pagi itu hanya kami yang berada di sana.  Apa lagi, posing bagai nak rak! Cukup sejam, baru beralih ke tempat lain.

Nak tengok hasil kerja Mitchelle ni? Let’s tengok-tengok. Kot-kot lepas ni korang pulak yang nak shoot macam ini. Boleh click this link https://www.sweetescape.com/en?referral_code=MCPI8 untuk dapat diskaun USD50. Bukan boleh shoot kat Perth sahaja, tpi banyak lagi destinasi lain. Kuala Lumpur pun ada. Mana tau nak suprisekan yang tersayang!

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.