Featured Ulasan

Dua Pilihan Hotel Di Scarborough Beach, Perth

August 30, 2018

Bagi yang sedang berkira-kira untuk ke Perth, Australia dan bercadang menginap di kawasan pantai, bolehlah memilih Scarborough Beach yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandar.

Scarborough Beach merupakan pantai paling popular di kalangan penduduk tempatan, terutamanya bagi yang menggemari aktiviti meluncur. Selain itu ia juga sesuai untuk aktiviti berenang, piknik bersama keluarga atau sekadar untuk bermalas-malasan sambil menikmati keindahan pantai.

Sama ada bercuti bersama insan tersayang mahupun bersama teman-teman, Scarborough Beach pasti tidak menghampakan. Ada dua hotel yang boleh dijadikan pilihan. Rendezvous Hotel Perth Scarborough dan Ramada Vetroblu Scarborough Beach .

Rendezvous Hotel Perth Scarborough yang pernah menjadi pilihan bintang ternama seperti Michael Jackson, Bono, Kylie Minogue, dan Pearl Jam ini menawarkan 9 jenis bilik bagi keselesaan tetamu.

Antara jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan ialah King or Twin Room, Family Room, Deluxe Room King or Twin With Ocean View, Deluxe Ocean View Family Room, Deluxe Room King Beach Front dan Executive Suite King.

Premier Suite Bedroom

Ocean View Room

King Room

Seandainya mahu menikmati keindahan laut yang membiru, bolehlah memilih bilik-bilik yang menawarkan pemandangan laut yang mempesona. Biarpun harganya agak mahal, tetapi ia cukup berbaloi. Bayangkan diri anda bermalas-malasan di atas katil sambil menikmati birunya hamparan laut di depan mata. Pasti hilang segala tekanan yang tersimpan begitu lama.

Setiap bilik dihias dengan dekorasi moden minimalis bagi menyuntik mood yang lebih segar sesuai dengan kehendak tetamu yang rata-ratanya mahu menghabiskan masa bersantai-santai di kawasan pantai popular ini.

Hotel milik TFE Hotels ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ada lokasi selera, pusat rekreasi dan gimnasium, kolam renang, spa dan juga dewan dengan dek observasi untuk mengadakan acara-acara istimewa.

Observation Deck

Ramada Vetroblu Scarborough Beach juga tidak kurang hebatnya. Menawarkan penginapan gaya apartment servis, hotel ini sangat ideal untuk mereka yang ingin menikmati percutian bagaikan di rumah sendiri.

Mula dibuka pada 2017, hotel ini menawarkan lapan jenis penginapan yang ditawarkan iaitu One Bedroom King Standard, One Bedroom King Suite, One Bedroom King Business, Two Bedroom King Suite, Two Bedroom King Business, Three Bedroom King Suite, Three Bedroom Split Level Penthouse dan Four Bedroom Split Level Penthouse.

One Bedroom Apartment

Menampilkan dekorasi moden minimalis

Setiap unit dilengkapi dengan kabinet dapur yang membolehkan anda memasak sendiri jika mahu. Peralatan memasak, pinggan-mangkuk, garam, gula semuanya turut tersedia. Satu lagi bonus menggembirakan ialah, semua unit turut dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering, kecuali unit One Bedroom King Standard.

Ruangan dapur membolehkan anda menyediakan hidangan yang diingini mengikut selera

Dengan menginap di sini, anda berpeluang menikmati pemandangan pantai yang mempesona lebih-lebih lagi ketika matahari terbenam.

Maklumat lanjut tentang kedua-dua hotel ini boleh dilayari di https://rendezvoushotels.com/hotel/perth-scarborough  dan  https://www.ramadavetrobluscarboroughbeach.com/

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.