Buletin Featured

Ole-Ole Buat Pelancong ke Malaysia, Coklat Ruby Pertama Di Asia Tenggara

October 24, 2018

Jenama coklat, Harriston baru-baru ini melancarkan rangkaian coklat Ruby yang pertama di Asia Tenggara. Ia adalah hasil kolaborasi bersama Barry Callebaut, syarikat pengeluar coklat terkemuka di dunia.

Coklat Ruby merupakan jenis coklat keempat di dunia selepas coklat  gelap, susu dan putih. Coklat Ruby benar-benar memberikan kenikmatan rasa coklat yang baharu. Dihasilkan daripada kekacang koko ruby tanpa sebarang perisa atau pewarna tambahan. Digelar sebagai coklat milenium, Coklat Ruby dikatakan menyimpan bakanya yang tersendiri lantaran rasanya yang berbeza berbanding coklat lain, merangkumi rasa letupan buah beri.

Coklat Ruby merupakan jenis coklat keempat di dunia selepas coklat gelap, susu dan putih.

“Di Harriston, kami menawarkan pelbagai citarasa coklat. Ini dapat dilihat menerusi perkembangan senarai produk kami di pasaran. Apabila kami mendengar tentang penemuan Coklat Ruby, kami menyedari ia merupakan suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Barry Callebaut telah menunjukkan keupayaannya dalam R & D dan pembangunan produk. Kerjasama ini membolehkan kami memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kepakaran teras yang sedia ada – pemasaran coklat berinovatif untuk memacu pertumbuhan syarikat. Kami yakin projek perkongsian strategik ini bakal mewujudkan situasi menang-menang (win-win situation) untuk Harriston dan Barry Callebaut,”‖ ujar Pengarah Eksekutif Harriston, Queenie Teng.

Coklat Ruby Harriston didatangkan dalam tiga bentuk, bar, jalur nipis dan bar rangup bersalut kelapa. Bagi bentuk bar, coklat ruby Harriston bakal dipasarkan di pasar raya terpilih, termasuklah pasar raya besar sebaris dengan produk sub-jenama Harriston Artisan. Sementara bagi bentuk lain – jalur nipis dan bar rangup bersalut kelapa, Coklat Ruby Harriston boleh didapati di kedai-kedai Harriston secara eksklusif sebaris dengan sub-jenama Harriston Signature.

Harriston-Signature Ruby Chocolate- Coconut Crunch Bar

Diiktiraf sebagai antara pengeluar coklat terbesar di Malaysia, Harriston kini memasarkan barisan produknya di Harriston Signature, kedai utama mereka di Taman Shamelin Perkasa, Cheras dan Georgetown, Penang.

Sementara itu. Harriston Boutique merupakan kedai berkonsep ringkas terletak di Gohtong Jaya, Genting Highlands, MaTIC, Ampang, dan Jalan Bagan Jermal, Penang.

Kesemua produk Harriston Signature boleh didapati di kedua-dua premis – Harriston Signature dan Harriston Boutique bermula 1 September 2018. Sementara produk Harriston Artisan pula boleh didapati di lokasi kedai peruncit yang berdekatan tidak lama lagi!

Dengan perkembangan terbaru ini, tidak mustahil coklat jenama Harriston bakal menjadi salah satu buah tangan atau ole-ole yang mesti dibawa pulang oleh pelancong yang datang ke Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.harristonchocolate.com

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.