Featured Ulasan

S-Pen Samsung Note9 Praktikal Untuk Traveller

October 31, 2018

Say Hello To Super Power. Itu tagline yang diperkenalkan oleh Samsung untuk telefon pintar Samsung Note 9 yang dilancarkan pada Ogos lalu. Bagi yang sudah memiliki telefon ini, pasti banyak ciri-ciri atau fungsi telefon ini yang membuatkan anda tersenyum.

Bagi aku yang berpeluang menggunakan telefon ini ke Singapura baru-baru ini, aku lebih tertarik kepada fungsi S-Pen yang menjadi ikon penting kepada rangkain Samsung Note.

S-Pen dengan sokongan bluetooth ini tidak dilengkapi bateri tetapi mempunyai kapasitor yang menyimpan cas yang diperlukan untuk beroperasi. Sebab itu saiz S-Pen ini masih comel, sama dengan model-model Note terdahulu.

Fungsi S-Pen yang paling aku suka ialah, ia boleh menjadi alat kawalan jauh untuk mengambil gambar. Di sebabkan aku gemar mengambil banyak gambar ketika travel, fungsi ini memang sangat-sangat awesome. Tidak perlu harapkan orang lain yang mungkin rasa terganggu dengan permintaan kita yang kerap kali ingin bergambar. Malah boleh guna ‘timer’ untuk pastikan kita bersedia. Jadi hasil gambar yang diambil tidaklah mengecewakan.

Satu lagi fungsi praktikal untuk ‘traveller’ ialah Google Translate. Alih bahasa dilakukan secara automatik apabila cursor S-Pen diarahkan kepada perkataan yang tidak difahami. Jadi senanglah, tak perlu pergi ke browser untuk akses ke Google Translate. Cuma tarik S –Pen dan jalan….

Lain-lain fungsi S-Pen yang tidak kurang menariknnya ialah anda boleh menghasilkan GIF beranimasi sekitar empat saat dengan menggunakan lakaran sendiri. Boleh juga hantar mesej dengan tulisan tangan sendiri.

Jika bosan, mungkin boleh isi masa dengan buat ‘drawing’ (lukisan) pada skrin telefon anda. Masa untuk berimaginasi atau untuk meluahkan perasaan melalui lukisan. Selain itu, S-Pen juga punya Bixby Vision yang  melancarkan carian imej.

Satu lagi ciri penting Samsung Note 9 ialah, jangka hayat baterinya yang tahan lama. Ciri ini turut dihighlight dalam iklan komersial produk ini. Samsung Note 9 tampil dengan kapasiti bateri sebesar 4000 mAh. Ini bermakna jangka hayat bateri boleh tahan seharian jika kadar penggunaan sederhana tinggi.  Tempoh pengecasan juga lebih pendek kerana ia ada fungsi fast-charging.

Menyentuh tentang rekabentuk telefon ini, ia nampak elegan dan sophisticated. Sesuai digayakan oleh jejaka mahupun wanita. Paparan skrin yang luas juga memaksimum kepuasan kepada mereka yang gemar menonton video secara online. Begitu juga dengan peminat game-game online.

Satu lagi perkara yang aku suka dengan Samsung Note 9 ini ialah boleh terkena air. Walaupun sudah terendam di dalam air selama 30 minit (kedalaman tidak lebih daripada 1.5 meter), ia masih mampu berfungsi.

Samsung Note 9 dijual pada harga RM3699 untuk model dengan memori 128 GB dan RM4599 untuk 512GB. Boleh didapati dalam warna Midnight Black, Metallic Copper, dan Ocean Blue.

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply katy November 22, 2018 at 1:26 PM

    Waah bestnye note 9 nih tapi kan best kalau ada gambar yang u ambik pakai note 9 kat singapore. ingat nak tukar fon dan dengar kamera cun, teringin nak tengok result

  • Reply mizz4yu November 23, 2018 at 4:15 PM

    Hi Katy, nanti I will add photos yang I ambik kat Singapore yer.

  • Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.