Pernah jejak kaki ke Hua Hin, Thailand? Destinasi percutian ini memang kurang popular berbanding Pattaya, tetapi percayalah Hua Hin menjanjikan pengalaman menggembirakan. Terletak kira-kira 3 jam setengah dari Bangkok, Hua Hin sesuai untuk mereka yang sukakan kesederhanaan.
Aku suka Hua Hin kerana ia jauh daripada hiruk-pikuk kota yang menjengkelkan. Seronok dapat berbasikal di malam hari, meronda keliling bandar dengan motosikal. Sebab itu, apabila dapat peluang untuk kembali ke destinasi kegemaran kerabat diraja Thailand ini, aku cukup teruja.
Jika dahulu perlu mengambil bas atau keretapi dari kota Bangkok, kini perjalanan lebih mudah kerana penerbangan tambang murah AirAsia sudah menawarkan perjalanan terus ke Hua Hin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Untuk pengalaman lebih menyeronokkan, sepanjang 4 hari 3 malam di Hua Hin baru-baru ini, aku dan sleeping partner memilih untuk memandu sendiri untuk senang ke mana-mana.
Jika memilih perkhidmatan teksi, harganya boleh mencecah THB1000 sehari untuk perjalanan pergi dan balik (keluar dari pusat bandar Hua Hin).
Selepas buat sedikit ‘homework’ dengan membaca ulasan-ulasan online tentang syarikat kereta sewa yang reliable di Hua Hin, aku pilih Easy Car Rental Hua Hin.
Lagipun, syarikat ini menawarkan harga paling murah.Lebih kurang RM90 sehari untuk kereta Standard (Toyota Vios, Yaris, Nissan Almeera). Tiada caj penghantaran atau pengambilan kereta dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Kalau di luar waktu itu, adalah caj yang dikenakan sekitar THB400 – THB600.

General Manager, Easy Car Rental Hua Hin yang datang pick up kereta kat airport time nak balik.
Kalau dah buat tempahan awal, proses pengambilan kereta dengan Easy Car Rental Hua Hin ni sangat lancar. Macam aku tempohari, sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan sudah nampak wakil syarikat yang menunggu dengan tag Easy Car Rental. Memperkenalkan diri sebagai Thor, dia membawa kami terus ke kenderaan. Yay! Seronok sebab dapat Toyota Vios. Condition tip top, masih baru dan sangat bersih.
Sebelum beredar, Thor terangkan A-Z tentang terms & conditions. Sempat juga dia berpesan, kalau kemalangan, jangan sesekali bagi duit jika ada pihak yang minta. Sebaliknya hubungi insurance dan pihak Easy Car Rental untuk tindakan lanjut.
Oklah, selesai bab kereta sewa, jadi sepanjang 4 hari 3 malam tu, agak-agaknya ke mana sempat kami singgah? Aku nak kongsi 3 tarikan yang berbaloi dilawati dengan memandu sendiri. Tempat-tempat menarik ini agak jauh dari pusat bandar , terletak 30 – 45 minit perjalanan dari pusat bandar.
1) Mrigadayavan Palace
Kunjungan pertama dahulu, aku tidak sempat singgah ke sini kerana punya waktu terhad. Sebab ramai yang sarankan aku ke sini, jadi trip kali kedua ini aku realisasikan. Mrigadayavan Palace yang terletak kira-kira setengah jam dari pusat bandar ini memang berbaloi untuk dikunjungi. Tapi sayang, ketika aku ke sana October lalu, istana ini sedang diselenggara. Jadi, banyak ruang yang tidak boleh diakses.
Untuk makluman, istana yang dibina sekitar tahun 1923 – 24 untuk Raja Rama VI (memerintah 1910 – 1925) ini direka oleh seorang arkitek Itali.
Ia merupakan Istana tepi pantai yang dikenali sebagai The Palace of Love kerana ketika itu Raja Rama VI sangat berharap akan memperolehi zuriat sebagai pewaris takhta. Istana ini sudah tidak digunakan lagi dan kini dibuka kepada orang ramai untuk melihat keindahan senibinanya. Caj masuk ke sini ialah THB30.
Hendak melawat istana ini perlu berpakaian sopan. Kalau pakai skirt or seluar pendek, kena pakai kain sarung yang disediakan. Begitu juga dengan baju yang terdedah, ada baju khas yang perlu dipakai sebelum masuk.
2) Swiss Sheep Farm
Tarikan ini mana mungkin dilepaskan terutamanya jika anda suka bergambar. Untuk ke lokasi ini, perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dari pusat bandar Hua Hin. Mula dibuka pada tahun 2012, Swiss Sheep Farm ini tidaklah terlalu luas, tapi banyak sudut untuk merakam memori. Kalau bawa anak-anak, pasti mereka terleka dengan melihat kambing biri-biri secara dekat. Malah, boleh rebut peluang memberi susu kepada anak-anak kambing.
Bayaran yang dikenakan untuk memasuki Swiss Sheep Farm ini ialah THB150 untuk dewasa. Biarpun kawasannya tidak seluas mana, namun banyak sudut-sudut menarik untuk merakam kenangan. Maklumlah ia menampilkan suasana percutian di negara Eropah. Mercu tanda Cuma agak memenatkan jika ke sini ketika cuaca panas. Beri masa 1 jam ke 2 jam untuk mengelilingi ‘ladang Eropah’ ini.
3) 1000 Sook Food and Farm
Antara tarikan terbaru di Hua-Hin / Cha-am. Sook merupakan bahasa Thai yang membawa maksud ‘kegembiraan’. Jadi sesuai dengan namanya, melawat ladang berkonsep Amerika ini memang menyeronokkan. Terasa berada jauh di benua Amerika, biarpun hakikatnya berada di negara Thailand.
Bayaran masuk yang dikenakan ialah THB50 untu dewasa dan THB30 untuk kanak-kanak. Waktu operasi bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang atau 6.30 petang musim cuti. Apa jer yang boleh dilakukan di sini? Bergambar puas-puas. Sebab boleh dikatakan semua sudut menarik. Kanak-kanak boleh naik pony, beri makan kepada kambing biri-biri dan arnab. Satu pesanan, bawa payung atau pakai sun block jika ke sini pada waktu tengahari / awal petang. Cuaca panas terik kerana tiada pokok-pokok rendang untuk berteduh.
p/s : Actually banyak lagi pics menarik, kalau nak tengok…boleh intai my IG @mizz4yuworkplay!
1 Comment
hello and hi, boleh saya minta contact orang kereta sewa tu?