Dengar kadar matawang yang 3 kali ganda dari RM, ramai yang teragak-agak untuk merancang percutian ke Singapura. Sebenarnya tiada yang mustahil jika ada kemahuan. Apa yang perlu korang lakukan ialah rajinkan diri untuk mencari maklumat yang betul untuk merealisasikan impian.
Gunakan kuasa di hujung jari. Cari maklumat secara dalam talian (online). Kalau malas, ini ada sedikit tip untuk menjejakkan kaki ke Kota Singa.
1) Bermalam di Johor Bahru. Pilih hotel yang sesuai dengan bajet. eRYABySuria Johor Bahru (https://www.eryabysuria.com) misalnya menawarkan bilik serendah RM90. Kongsi berdua untuk bayar RM45 seorang. Mengapa eRYABySuria? Kerana lokasinya yang berdekatan dengan Johor Sentral. Hanya RM5 menaiki GRAB ke Johor Sentral yang menempatkan perkhidmatan stesen KTM . Dari sini boleh ambil ETS terus ke Woodland.

https://www.eryabysuria.com/hotels/johor-bahru/
2) Tambang ke Woodland Singapura hanya RM5 seorang. Jangan lupa beli tiket balik ya. Harga Tiket balik SGD5 (RM15).
3) Dari Stesen Woodlands, sila naik MRT ke destinasi impian. Saya memilih untuk ke Merlion Park dan pastikan anda membeli tiket ke Raffles Place – NS26 yang hanya mengambil masa selama 45mins (16 hentian) – SGD2 (RM6) sahaja.
4) Selesai bergambar dan menikmati monument Kota Singa di Merlion Park, boleh teruskan perjalanan ke Orchard Road. Beli tiket MRT ke Orchard – NS22 yang hanya mengambil masa 10minit (4 hentian) – SGD1 (RM3)

http://travelinsingapore.com
5) Selesai bersiar-siar atau membeli –belah di sini, bolehlah siap-siap untuk pulang. Beli tiket MRT ke Woodlands – NS9 yang mengambil masa selama 40 mins (12 hentian) dan berharga SGD2 (RM6) dan pulang semula ke Johor Sentral melalui perkhidmatan KTM.
Jadi, jangan berlengah lagi, jom packing baju dan gerak ke Kota Singa. Percutian membuka minda. Dengan hanya berbekalkan RM150 dan buku merah (passport), anda mampu memulakan langkah percutian bajet ke Kota Singa! Jangan lupa buat nota perbelanjaan seperti dibawah. Harga tidak termasuk duit shopping dan jangan lupa untuk semak harga tukaran matawang terkini. Kos ini juga tidak termasuk perbelanjaan ke Johor Bahru.
Untuk lebih jelas, semak info di bawah :-
* Hotel eRyaBySuria RM45 seorang termasuk sarapan
* Grab ke Johor Sentral RM5 sehala
* KTM ke Woodlands RM5 seorang
* MRT Singapore SGD9 @ RM27 seorang
* KTM ke Johor Sentral SGD5 @ RM15 seorang
* Makan semasa di Singapura SGD18 @ RM54 seorang
Teks : Norita Mustapha
2 Comments
Good info n seems interesting. Should try soon!
Good info and seems interesting. Should try this!