Taman tema popular Universal Studio Singapore (USS) tidak pernah mengecewakan pengunjung setiap kali tidak sambutan Krimas dan tahun baru. Menampilkan tema A Universal Christmas pada tahun ini, perbagai acara istimewa disusun untuk memastikan pengunjung dapat bergembira sepuasnya.
Terpesona dengan 11 acara yang terpampang di laman sesawang taman tema ini, aku dan seorang teman akhirnya melangkah ke Universal Studio Singapore minggu lalu. Kebetulan terdapat promosi istimewa buat pemegang kad kredit atau kad debit Maybank (SGD66 untuk dewasa).
Sebaik menjejakkan kaki di sini, hati berbunga riang setelah terlihat dekorasi Krismas yang menghiasi pintu masuk taman tema ini. Memang meriah dan memanggil-manggil pengunjung untuk bergambar.
Dek kerana ini bukan kunjungan pertama ke USS, jadi aku dan teman memang ambil kesempatan untuk bergambar sepuas-puasnya di sudut- sudut dekorasi Krismas. Terasa diri bagaikan terbang kembali ke zaman kanak-kanak.
Dalam banyak-banyak acara Krismas yang disusun, Santa’s Snowy Sleigh Parade dan Santa’s Christmas Light-Up Party merupakan acara kemuncak kami tunggu-tunggu. Sebabnya, kami teruja untuk bertemu Santa dan rakan-rakan.
Namun penantian kami lebih berbaloi kerana acara yang dipenuhi dengan nyanyian dan tarian ini rupa-rupanya memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman salji turun menyirami bumi. Sebelum menutup tirai, Santa dan rakan-rakan seperti Minion, Shrek, Puss in Boot, Princess Fiona, dan rakan-rakan animasi Madagascar turut memberi peluang kepada pengunjung bergambar dengan mereka.
Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke USS, tip berikut mungkin membantu untuk orang merancang perjalanan.
1) Acara kemuncak Santa’s Snowy Sleigh Parade dan Santa’s Christmas Light-Up Party dijadualkan pada penghujung waktu operasi taman tema ini, jadi tidak perlu datang terlalu awal jika hanya mahu menyaksikan acara ini. Malah boleh beli tiket untuk pass masuk waktu petang yang menawarkan harga lebih murah.
2) Jika mahu berseronok dengan permainan-permainan yang tersedia terlebih dahulu, sila pastikan anda datang lebih awal.
3) Bawa baju hujan atau poncho memandangkan hujan selalu turun ketika di hujung tahun. Itupun jika anda tidak mahu basah kuyup.
4) Kebanyakkan permainan atau ride di USS tidak membenarkan pengunjung memakai selipar, jadi pakai kasut yang sesuai (janganlah feeling pakai high heels pulak, bukan nak catwalk pun).
5) Sebaik sahaja melangkah masuk, jangan lupa ambil peta taman tema dengan jadual acara / aktiviti yang dijadualkan sepanjang hari. Takut nanti ketinggalan. Rugi bayar tiket mahal-mahal.
p/s : A Universal Christmas akan berlangsung sehingga 1 Januari 2019.
No Comments