Featured Ulasan

5 Sebab Untuk Menginap di Hotel Hilton Garden Inn Serangoon

January 19, 2019

Percutian ke Kota Singa, Singapura kadangkala membuatkan kita terpaksa berkira-kira memandangkan tukaran matawang yang tinggi. Jika masih solo, mungkin boleh berkongsi dengan teman-teman untuk perbelanjaan di sana. Namun, jika sudah berkeluarga pasti perlu bajet yang banyak.

Jika ingin memenuhi impian anak-anak untuk ke Universal Studio Singapore, hotel penginapan boleh menjadi satu isu. Maklumlah perlu fikirkan penginapan yang praktikal bagi memudahkan pergerakkan dan tidak membebankan anak-anak. Memang ada hotel yang terletak berdekatan, tetapi harga bukan kepalang. Mahal!

Baiklah, bagi yang masih tercari-cari lokasi penginapan yang sesuai di Singapura, apa kata korang cuba menginap di Hotel Hilton Garden Inn Singapore Serangoon yang terletak di Little India. Biarpun tidak terletak di kawasan tumpuan utama, namun hotel ini punya keistimewaan sendiri.

Hotel yang mempunyai 328 buah bilik dan suite ini boleh disifatkan sebagai mesra keluarga biarpun ia lebih popular di kalangan business traveller. Persekitarannya bersih, mempunyai pelbagai kemudahan dan yang paling penting  mudah di akses untuk ke mana-mana.

Berikut 5 sebab mengapa Hotel Hilton Garden Inn Serangoon sesuai dengan percutian keluarga.

1) Berdekatan dengan stesen MRT

Dengan hanya berjalan kaki sahaja untuk ke stesen MRT. Jangan lupa pilih stesen Little India, hanya 6 minit sahaja tempoh berjalan kaki.

2) Kemudahan Mesin Dobi Cuci Sendiri

Selalunya jika mahu bercuti dengan anak-anak, perlu pastikan pakaian mereka tidak menjadi masalah. Jika menginap di sini, pakaian bersih tidak akan menjadi isu kerana terdapat ruang dobi yang disediakan untuk tetamu hotel. Baju boleh dicuci sendiri dengan harga yang sangat berpatutan.

3) Kemudahan mesin tukaran wang asing

Seandainya matawang dollar Singapura tidak mencukupi, boleh gunakan mesih yang disediakan di lobi hotel ini. Jadi tidak perlu bersusah-payah untuk mencari money changer berdekatan. Jimat masa dan tenaga.

4) Berdekatan Indian Street

Mencari makanan halal bukan satu isu jika menginap di sini. Sebabnya mudah dicari. Ada beberapa restoran halal yang boleh dijadikan pilihan. Salah satunya ialah Sakunthala’s Restaurant yang menghidangkan masakan India authentic.

5) Jauh dari hiruk pikuk kota dan ada kolam renang

Kanak-kanak dan kolam memang sukar dipisahkan. Biarpun kolam renang di sini berapa luas / besar, tetapi sangat memadai untuk anak-anak bergembira. Selepas seharian menjelajah Kota Singa, mungkin boleh curi masa sehari untuk bermalas-malasan di kolam renang.

Untuk maklumat lanjut tentang Hilton Garden Inn Singapore Serangoon, boleh layari https://hiltongardeninn3.hilton.com/en/hotels/singapore/hilton-garden-inn-singapore-serangoon-SINGIGI/index.html

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.