Gaya Hidup

Bawa RAES Collagen Mist Masa Travel…. Kalau Nak Selfie Cantik

February 1, 2019

RAES Collagen Mist. Pernah dengar tentang produk ni? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, RAES Collagen Mist ini merupakan produk terbaru di pasaran dan ia berfungsi sebagai agen untuk mengatasi kulit bermasalah seperti kering, berminyak, berjerawat, serta gelap tidak bermaya.

Produk yang menggunakan teknologi nano ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan ini bermakna kualitinya terjamin selamat.  Satu lagi kelebihan RAES Collagen Mist ini ialah ia mengandungi kolagen, aloe vera, propolis dan hyaluronic acid yang berfungsi untuk  memutih , membersih dan menganjalkan (anti-aging) kulit.

Untuk kaki travel macam aku, aku rasa RAES Collagen Mist ini banyak membantu untuk memberi kesegaran wajah setiap kali aku travel. Sebabnya, lepas wajah dah ‘lunyai’ sebab berpanas atau berhujan, aku hanya perlu sembur produk ini untuk mengembalikan kesegaran.

Paling berguna ketika hendak mengambil gambar atau selfie, agak-agak wajah sudah berminyak atau ‘cannot go’ cepat-cepatlah sembur RAES Collagen Mist ini. Mesti selfie yang terhasil itu nanti tidak mengecewakan (unless korang sejenis yang guna filter yang maksimum).

Dah sampai Korea pun RAES Collagen Mist!

Selain itu, saiz atau botol produk ini juga praktikal untuk dibawa ke mana-mana. Letak sahaja dalam beg tangan atau beg galas. Bahkan, tidak perlu check in kalau perlu menaiki pesawat. Sebabnya ia didatangkan dalam saiz 50 ml. Jadi tak perlu risau untuk membeli luggage (kalau naik penerbangan tambang  murahlah).

Selepas dua bulan menggunakan produk ini, aku secara peribadi sudah boleh melihat perubahan pada kulit wajah. Antaranya kelembapan kulit wajah semakin baik, pori-pori juga semakin mengecil, kedutan halus di hujung mata semakin berkurangan dan kulit juga terasa lebih lembut.

Berikut adalah 14 kelebihan RAES Collagen Mist yang diwar-warkan :

* Menyihatkan Kulit

* Mencerahkan/Memutihkan Kulit

* Melembutkan Kulit

* Menegangkan/Menganjalkan Kulit

* Meningkatkan Hidrasi

* Anti Penuaan/Anti kedutan

* Merawat jerawat

* Menghalang pembentukan bintik hitam

* Menyegarkan Kulit

* Mengatasi Bakteria secara semulajadi

* Membantu Rujuvenasi sel kulit

* Anti Oksida

* Meratakan Tona Kulit

* Merawat Sunburn

Untuk maklumat lanjut tentang RAES Collagen Mist boleh singgah ke Facebook rasmi produk ini di  www.facebook.com/raes.skincare/ atau akaun Instagram www.instagram.com/raes.skincare/

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.