Jika tidak mahu menginap di Pantai Kuta yang sesak dengan kehadiran pelancong, apa kata korang pilih Harris Hotel Seminyak Bali. Hotel bertaraf empat bintang ini biarpun tidak menghadap pemandangan laut tetapi ia menjanjikan penginapan selesa dengan pelbagai servis praktikal.
Kalau korang merupakan pengembara atau pelancong yang tidak gemar menghabiskan masa di hotel, Harris Hotel Seminyak Bali ini sudah memadai untuk mendapatkan tidur yang lena. Tampil dengan konsep moden minimalis, hotel di bawah pengurusan Tauzia Hotel ini menawarkan lebih 200 buah bilik.

Harris Room
Setiap bilik mempunyai keluasan memuaskan dan yang paling penting kemudahan Wifi adalah percuma. Jadi bolehlah kongsi foto-foto percutian korang di akaun sosial media masing-masing (kalau line phone dah roaming atau dah beli simkad tempatan, ini bukan isu besar).
Ada 2 jenis bilik yang boleh korang pilih, iaitu Harris Room dan Unique Room. Perbezaan kedua-dua bilik ini sudah pastilah pada harganya. Sama ada Harris Room atau Unique Room, kedua-duanya direka untuk memenuhi selera tetamu yang mahukan keselesaan. Namun Unique Room tampil lebih luas dengan ciri lebih elegan, sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan perniagaan.

Harris Room – 2 Single Bed
Bercerita tentang kemudahan yang tersedia, Harris Hotel Seminyak Bali sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dari hotel-hotel berdekatan. Oleh itu, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang, gimnasium, spa, Dino Kids Corner (sudut kanak-kanak) dan juga butik yang menjual barangan istimewa, Harris Merchandise.
Berikut 5 perkara yang korang perlu tahu!
1) Bermula 1 April 2019 hingga 31 Mac 2020, terdapat promosi Triple Room Package yang harganya bermula daripada Rp1,175,000. Pakej ini membolehkan anda mendapat kemudahan shuttle ke Pantai Seminyak (900 meter dari hotel), dan Seminyak Square, sarapan pagi percuma dan juga pizza percuma setiap hari di Harrisimo Italian Restaurant.
2) Balinese Recharge Package yang berharga Rp925,000 (Harris Room) dan Rp1,025,000 ( Harris Unique room) membolehkan anda menikmati rawatan Balinese Massage selama 60 minit untuk 2 orang.
3) Happy Hour di H’Spa dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Pada waktu ini anda boleh menikmati rawatan Balinese Massage pada harga serendah Rp170,000 dan Happy Feet By The Sea (rawatan kaki) pada harga 110,000.
4) Harris Hotel menggunakan tilam yang direka khas daripada King Koil demi menjamin keselesaan tetamu.
5) Jika terlupa bawa toiletries, boleh beli Harris Cosmetic Bag pada harga Rp30,000 bersih. Ada set pencukur, berus gigi, ubat gigi, sikat, putik kapas, shower cap, pengilat kuku, dan kapas muka. Selain itu korang juga boleh beli Magic Bag untuk memuatkan baju-baju kotor pada harga Rp99,000.
No Comments