Ulasan

eRYA by SURIA Johor Bahru Jimat Duit Poket

March 18, 2019

Bagi yang merancang ke Johor Bahru pada cuti sekolah kali ini, mungkin anda tercari-cari hotel yang sesuai untuk persinggahan sementara. Jika mahukan hotel yang menjimatkan dan selesa, bolehlah memilih eRYA by SURIA Johor Bahru yang terletak di 10, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri 80300 Johor Bahru, Johor Malaysia.

Hotel bertaraf tiga bintang ini sesuai untuk mereka yang tidak terlalu cerewet dalam memilih lokasi penginapan ataupun sekadar mahu melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura. Terdapat enam jenis buah bilik yang boleh dijadikan pilihan. Antaranya Deluxe Twin, Deluxe Twin City View, Deluxe King dan Family Suite.

Kesemua bilik tampil dengan dekorasi moden kontemporari dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan basic untuk keselesaan tetamu.  eRYA by SURIA Johor Bahru turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang yang mempunyai kedalaman bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak berserta tempat mandian serta bilik persalinan bertutup.

Selain itu, terdapat juga tempat menjamu selera, Restoran Bunga Padi. Restoran yang menyajikan sarapan pagi secara buffet ini turut menyajikan pelbagai pilihan makanan Johor. Jangan lupa cuba Lempeng Sambal Bilis yang sememangnya sajian signature di sini.

Jadi, jika korang mahukan percutian selesa sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti, cepat-cepat layari laman sesawang https://www.eryabysuria.com/hotels/johor-bahru/ untuk dapatkan harga promosi istimewa.

Selain itu, korang juga boleh kongsi foto percutian dengan menyertakan #eryabysuria di setiap posting Instagram korang. Selamat bercuti!

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.