DisneySea merupakan salah satu tarikan yang sukar dilepaskan jika menjejakkan kaki di Tokyo, Jepun. Sebab itu ramai yang sukar membuat pilihan apabila perlu memilih di antara DisneySea dan Disneyland Tokyo.
Dilema yang sama aku alami. Tapi selepas baca beberapa online review, aku akhirnya memilih DisneySea untuk diterokai. Ini kerana ramai yang mengatakan tarikan di DisneySea lebih berorientasikan orang dewasa. Lagipun, aku sudah pernah menikmati keseronokkan di Disneyland Hong Kong sebelum ini.
Kesempatan menghabiskan masa seharian di DisneySea, Tokyo ternyata satu keputusan yang tepat. Terima kasih kepada KKday kerana memudahkan urusan pengambilan tiket. Tak perlu buang masa beratur di kaunter tiket. Cuma ambil di JR Mahaima Station dan boleh teruskan perjalanan ke DisneySea dengan segera.
Bagi yang belum pernah sampai ke sini, pasti tertanya-tanya apa yang menariknya tentang taman tema ini bukan? Satu fakta yang anda harus tahu ialah, DisneySea adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan lautan dan cukup unik di Jepun.
Jika Disneyland punya istana yang tersergam indah, DisneySea tidak memilikinya. Tetapi ada Mermaid Lagoon yang menampilkan Ariel sebagai bintang utama.
DisneySea menampilkan tujuh pelabuhan bertema hebat yang terdiri daripada American Waterfront, Mediterranean Harbour , Lost River Delta, Mermaid Lagoon, Arabian Coast, Port Discovery dan Mysterious Island yang lengkap dengan gunung berapi.
Sejujurnya, terlalu banyak yang perlu dilihat dan agak mustahil untuk menghabiskan kesemua tarikan dalam masa sehari. Sebab itulah terdapat two days pass untuk dibeli. Jadi, di sini aku senaraikan tarikan yang jangan sesekali dilepaskan untuk first timer.
1) Tower of Terror
Tower of Terror menduduki tempat pertama untuk tarikan yang mesti dicuba. Biarpun barisan untuk mengikuti tarikan ini sering panjang berjela, tetapi percayalah ia berbaloi. Pengalaman yang sangat menyeramkan menunggu korang di sini.
Berlatar belakangkan Kota New York pada tahun 1912, Tower Of Teror merupakan sebuah hotel yang menyimpan misteri selepas kejadian kehilangan pemilik hotel yang berlaku pada tahun 1899. Tetamu yang menyertai lawatan untuk melihat hotel, akan terus menuju ke tingkat teratas menaiki lift. Bermula dari saat ini, banyakkan berdoa kerana sesuatu yang tidak terjangka akan berlaku (kalau ada masalah jantung, lupakan niat untuk mencuba). Boleh lihat video ini untuk gambaran, https://www.youtube.com/watch?time_continue=49&v=qX8sjjCaHIY
2) Raging Spirit
Roller Coaster yang terdapat di Lost River Delta ini pasti memicu adrenalin. Dengan kelajuan yang sangat laju detak jantung juga menjadi tidak keruan. Namun ia cukup mengasyikkan dan tak mustahil korang ingin mengulanginya semula.
3) Indiana Jones Adventure: Temple of the Crystal Skull
Tarikan yang melalui perjalanan yang gelap ini cukup menyeronokkan kerana ia dilengkapi dengan simulasi berwarna-warni. Biarpun begitu, bersedia dengan saat-saat cemas apabila gerabak mula hilang kawalan. Rides ini tidak mengambil masa yang lama, tetapi masa menunggu giliran mungkin menjengkelkan.
4) 20,000 Leagues Under the Sea
Tarikan ini tidak menjanjikan saat-saat cemas, tetapi korang akan terpesona dengan keindahan dunia bawah laut dalam usaha mencari Atlantis. Memang hakikatnya korang tidak berada di dalam air, namun persembahan tarikan ini sangat real. Percayalah, mata korang mesti tidak berkelip-kelip, mulut pula asyik menyebut wow!
5) Fantasmic
Kemuncak acara di DisneySea. Alang-alang sudah sampai ke sini apalah salahnya tunggu sehingga ke saat-saat akhir.
Fantasmic berlatarkan Mediterranean Harbor, di mana ia melakarkan kisah Mickey yang menjadi anak murid kepada ahli sihir, mempercayai kuasa imaginasi dan cuba menghasilkan dunia fantasi Disney. Ketika ini, korang boleh menikmati dunia fantasi yang dahsyat dengan adanya kesan khas seperti water screen, pancaran laser, bara api dan kilauan cahaya yang berwarna-warni.
Jadi kalau korang merancang ke Tokyo, mungkin boleh pertimbangkan DisneySea berbanding Disneyland. Itupun kalau korang harus memilih. Kalau ada bajet lebih, boleh masuk kedua-dua tarikan ini.
Untuk memudahkan urusan pembelian tiket, korang boleh membeli pakej yang tersedia di KKday. Boleh pilih pakej untuk tiket sahaja, https://www.kkday.com/en-sg/product/19252?cid=7329 ataupun tiket berserta pengangkutan dari Shinjuku, https://www.kkday.com/en-sg/product/18916?cid=7329
No Comments