About Me

TRAVEL ADDICT ! itu aku. Memang hobi atau kegemaran aku ini bermula agak lewat,iaitu ketika usia menginjak ke 28 tahun. Tapi tk kisahlah. Better late than never. Destinasi pertama aku ke luar negara ialah kota Jakarta, Indonesia.

Ketika itu aku dan beberapa rakan merancang untuk shopping sakan. So, kami pilih menaiki pesawat Malaysia Airlines sebab dapat percuma 30 kilogram bagasi!

Bermula detik itu, aku terus falling in love with travel. Belum sempat balik ke bumi Malaysia, dalam fikiran sudah banyak destinasi yang bermain di fikiran. Tak sampai sebulan selepas itu aku memijak kota Bangkok pula.

Kini sudah hampir lapan tahun aku melayan hobi travel. Banyak kenangan pahit manis yang terlakar menjadi kenangan terindah. 2015 membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi hobi aku ini di alam siber. Aku mahu orang tahu, melancong bukan satu pembaziran. Lagipun aku mahu berkongsi cerita. Hopefully boleh jadi inspirasi, panduan kepada anda di luar sana.

Antara negara yang sudah aku jejaki, Thailand, Singapura, Indonesia, China, England, German, Australia, Itali, Perancis & Holland. Do support me & layan portal ini okay! Happy browsing & happy reading!

FYI, Aku memulakan kerjaya dalam bidang penulisan sebagai wartawan di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di majalah percutian, LIBUR. Selepas dua tahun bersama LIBUR, aku dipindahkan ke majalah RAPI. Tulis tentang kesihatan, fesyen dan cantik pula.

Untuk perkembangan kerjaya lebih menarik, aku menyertai pula organisasi media terkemuka, Media Prima Berhad. Sehingga kini masih di sini. Mungkinkah ada peluang yang lebih bagus di luar sana? Mudah-mudahan…..

Oops! Terlupa pula. Aku adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.