Featured Ulasan

The Rucksack Caratel Punya Lokasi Strategik

April 1, 2016

Pernah dengar dengan nama The Rucksack Caratel? Jika belum pernah, hotel yang  menampilkan dekorasi moden kontemporari ini cukup berbaloi untuk dicuba. Paling penting, banyak tempat untuk kita posing bergambar. Dekorasi hotel ini unik dan menarik. Jadi bolehlah muat naik foto di akaun Instagram masing-masing!

Terletak di 107, Jalan Banda Kaba 75000 Melaka, The Rucksack Caratel terletak di kawasan yang cukup strategik. Sebabnya, dari hotel ini anda boleh menjelajahi tempat-tempat menarik di Melaka dengan mudah.

Tidak perlu memandu kereta jika ingin ke Bandar Merah, Hard Rock Café, Menara Taming Sari, Hard Rock Café, mahupun Jonkers Street. Ini kerana kesemua tempat ini boleh dituju dengan berjalan kaki (tak perlu terperangkap dalam kesesakan trafik dan susah-susah cari parking).

Hotel ini mempunyai 26 buah bilik yang dihias dengan gaya moden minimalis. Terdapat sembilan jenis bilik yang boleh dipilih, termasuklah Caravan Deluxe dan Family Caravan. Ketika aku ke sini tempoh hari, aku menginap di bilik Deluxe King.

TheRucksackCaratel

Memang puas hati kerana bilik ini disajikan dengan pemandangan taman dan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Tak sangka bilik yang tersedia cukup cantik. Jika dilihat pada luaran hotel ini, bangunannya biasa-biasa sahaja.

Setiap bilik dilengkapi  dengan tuala, rak baju, selipar, bilik air, dan juga campuran kopi segera percuma. Tilam dan bantal juga tidak menghampakan. Lena diulit intan dibuatnya. Jika punya masa untuk bersantai-santai di hotel,  korang bolehlah ke kolam renang untuk mandi-manda. Tapi jangan terlalu lewat kerana selepas jam 10 malam kolam renang ditutup untuk ‘shark feeding’ (really?)

TheRucksack_pool

Hrm…. Apa lagi yang aku hendak kongsikan ya? Owh! Kalau korang suka bercuti bersama teman-teman atau sekeluarga, aku sangat-sangat mencadangkan korang menginap di Caravan Deluxe atau Family Caravan.

Bilik-bilik jenis ini terletak berhampiran lobi dan ruang rehat yang dilengkapi dengan meja dan kerusi untuk melepak dan minum-minum bersama teman atau keluarga. Maklumlah, minuman panas kopi dan teh serta biskut boleh dinikmati sepanjang masa.

CabinTheRucksack

Kalau korang tidak boleh hidup tanpa media sosial, jangan risau The Rucksack Caratel menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma di semua bilik dan juga kawasan hotel.

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini, korang boleh layari http://therucksackgroup.com atau menghubungi +6 06 2922107 untuk tempahan. Perlu diingatkan, hotel ini sangat popular di kalangan pelancong Singapura, jadi buat tempahan awal kalau tidak mahu kecewa.

You Might Also Like